tapi mak aiiii..lamanya nak tunggu pisang2 tu masakdekat 2 minggu juga....dalam dok menungggu tu saya agih2 la sikit2 pada jiran2...ye la 2 tandan, mana nak habis...tinggal la beberapa sikat je untuk kami sekeluarga...elok je nak masak, masa nak balik kampung pula...habis la plan nak buat macam2 tu sebab tak sempat nak buat dah. Pisang pun kena bawa balik juga sebab kalau tinggal nanti balik dah tak elok dan busuk pula.hmmm...bila dah bawa balik, makan gitu je pun boleh habis...ehehhe...tak sempat kek pisangku.
ni sira pisang ni saya buat sebelum balik, buat dalam beberapa biji saje.
resepi sempoi je...main agak2 ikut suka.
bahan2:
4-5 biji pisang dibelah dua
1/2 cawan gula
2-3 helai daun pandan
3-4 biji bunga cengkih
cara2:
1. belah 2 pisang tu selepas dibuang kulitnya.
2. letakan pisang2 tu dalam periuk bersama gula dan sedikit air.
3. letakkan daun pandan dan bunga cengkih.
4. rebus sehingga mendidih dan masak.
5. sejukkan dan sedia untuk dihidangkan.
No comments:
Post a Comment