Monday, August 31, 2009

Kek cawan vanila



Baru buat tadi.
Kek cawan vanila ni baru buat kali ke 3 buat dalam masa 2 minggu sejak terjumpa resepinya kat my resepi.com. Terima kasih pada tuan punya resepi.Rasanya memang sedap...sedap gila..sebab tu la kali pertama buat, tak sempat ambil gambar...cepat sangat habisnya.Icing pun tak sempat nak letak. Masa bakarnya lebih kurang 10 minit je . masa tu bakar guna cawan kertas yang kat belakang tu..tapi saiznya lebih kecil dari dalam gambar di atas. kali ke 2 buat pun jadi juga...masih sedap tapi cawan kertas pulak tak cukup...so, buat paper cup sendiri...ehehe..janji rasa masih sedap...masa bakar juga masih dalam 10 minit..elok je masaknya, tak hangit pun.
kali ke 3 buat iaitu hari ini ,guna cawan kertas yang pelbagai....mula2 guna cawan kertas yang kat belakang dalam gambar di atas tu..tapi saiznya sedikit besar ,masa bakar masih dalam 10 minit..tapi keknya naik tak cantik sebab bekas dia besar tapi dulang acuannya kecil. Jadi tukar pada cawan kertas putih dan coklat dan pink...bila tukar tu , masa masak lari la pulak....agaknya kertas dia tebal sikit kot...10 minit tak masak...15 minit, 20 minit....25 minit baru nak masak....dah tu naiknya ngam2 je dengan permukaan cawan tu...ada yang bawah lagi..mungkin tak boleh nak agak masa bubuh adunan tadi...pas tu jumlahnya kurang dari 30 biji..yang buat sebelum ni dapat la dalam 30-35 biji..akhirnya dapat la juga letak icing nya ...jadi la macam dalam gambar kat atas tu. sebab tu la yang dalam cawan putih tu nampak macam tenggelam sikit..kalau tengok je gamba tu mungkin boleh ingatt ais krim...
jdi kegagalan kali ini bukan sebab resepi tapi sebab:
1. operasi ( masa bakar, walaupun tak hangit )
2. masih cuba nak mennyesuaikan diri dengan cawan kertas yang berlainan yang memberi kesan pada masa membakarnya.
3. memang tak ada bakat dalam dekorasi ni..keras tangan.
kalau nak tau resepinya ambil kat my resepi je la...

donut tak lembut

semalam buat donut, kegemaran anak anak terutama iskandar.. tapi tak jadi...keras macam batu..lembut sssikittt je dari batu. tapi anak- anak tetap kata sedap. walaupun mamanya sedih dan kecewa juga sebab gagal..yang bestnya iskandar terjaga pukul 3 pagi pun ngap donut tu juga . bangun sahur pukul 5 pagi pun masih nak makan donut lembut sikit dari batu tu juga, sampai tak nak makan nasi. Tak sanggup rasanya nak letak gambar donut lembut sikit dari batu tu kat sini. tapi hubi memang tak sentuh langsung la...anak anak je yang banyak bagi sokongan. ni yang buat sayang anak2 lebih ni...tak pe..akan kucuba buat donut lagi hingga jadi lembut dan gebu seperti yang dibeli kat jusco ari tu...kali pertama buat donut dulu, beberapa tahun lepas...lembut sikit dari semalam tapi masih dalam kategori tak gebu lagi..dan bahagian luar dia keras juga. Agaknya faktor faktor kegagalan ini disebabkan tak ikut betul2 resepi dan teknik2nya kot..teknik2nya dah tengok dalam blog pakcik nasron..resepi pun nak tukar resepi lain...kali 3 mesti berjaya.....

hari istemewa

hari ni hari istemewa. Selamat hari merdeka malaysia. semoga kita semua sentiasa dilindungi allah. amin.

Monday, August 24, 2009

Kuih bakar pandan


First time buat..sedap, kejap je habis..eheh..syok sendiri ..

Resepi ini diambil dari blog perutkenyang. Tq kat suzi. Senang dan sedap .

bahan-bahannya:
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1 cawan air pandan
1 cawan santan
1 cawan susu cair
3 bji telur
pewarna hijau

Cara-carannya:
1. masukkan semua bahan yang telahh disukat tu ke dalam blender.
2. Blende je la hingga tiada ketul2.
3. titikkan sedikit pewarna hijau dan kacau rata.
4. Masukkan dalam acuan dan sedia untuk dibakar.
5. Bakar labih kurang 1 jam.

Selamat mencuba. kalau tak jadi cuba lagi..

Wednesday, August 19, 2009

bersama syareen


Dia sibut kira markah. Buat kerja last minit..

Monday, August 10, 2009

Naik motor


Macam ahli sarkis,..

Friday, August 7, 2009

LAGU KESUKAAN KU

DENGARKAN LA KAWAN-KAWAN

catur

masa di sekolah dulu pernah la masuk kelab catur..tapi tak reti reti juga. sekadar tahu jalan je. lo ni tengok2 hubi memang dok gila main catur. malam catur , siang catur, tidur pun ngan catur...tapi setakat ni jaguh kampung je...eheheh...(walaupun dia dah rasa cam layak digelar raja catur)...nampak macam anak pun dah minit sama...ok juga tu.

Main catur



Kat rumah baru


Masa ni iskandar main kat luar.

Nana nunu


Ari ni melawa.

Adik balqis


Anak bongsu yang cute. Suka tidur lewat sampai kul 3 pagi.