Wednesday, September 28, 2011

italian rainbow cake



akhirnya terhasil juga kek yang dah lama nak buat ni.Saya buat sempena hari jadi zulaikha yang ke 8.. walaupun color rainbow tak ikut syarat tapi colorful pun sudah cukup menarik...


tengok2 bila nak guna color biru dah habis, kena la ganti dengan color koko...ada ke pelangi koko?...eheheh...janji colorful.....

puashati selepas lama saya mencari resepi untuk kek ni....akhirnya jumpa, tapi tak dapat juga nak follow resepi itu :
adunan kek yang digunakan adalah cake mix- utk 2 adunan kek...saya keliru bila hanya terjumpa cake mix perisa pandan, kopi, etc.
maka disebabkan dah lama terpendam nak buat ni, akhirnya saya guna saya resepi kek mentega yang biasa saya buat cuma ubah dari segi warnanya saje.
perbezaannya hanyalah dari segi memasak kek ni dimana setiap warna berlainan diletakkan dalam 6 (kalau nak guna 6 kaler) loyang yang berlainan.
then bakar la mengikut giliran masing2 selama 15-20 minit. 17 minit rasanya dah cukup cantik...

bila sudah masak dan sejuk, lapislah setiap lapisan itu dengan icing satu per satu.




ini kek yang sudah dilitupi salji....ehehe...icing...nampak comot sikit sebab icing tu beli je...nyaris2 cukup.(alasan je..sebenarnya fail bila main dengan icing ni) walaupun cadangan asal nak buat topping sendiri tapi tengok2 sudah tarikh luput....punya la lama tunggu kek ni nak dibuat sampai habis tarikhnya....maka nak cepat saya pun beli la....dalam 300 g....ngam2 je dengan sebiji kek ni..next time kena guna 400-500 gg baru banyak sikit icingnya...boleh cover line..



macam pancake color2 pulak...
Hepi betul dapat buat kek ni...zulaikha pun hepi juga dapat kek colorful ni...selamat hari jadi zulaikha...muah2


besday girl in purple di sebelah iskandar....dan best friends...fudhla and lubna...

Friday, September 23, 2011

Zoo Taiping lagi dan lagi dan akan lagii....

Entahlah ini masuk kali ke berapa dah melawat ke zoo taiping ni...rindu sangat dah kat 'kawan2 ' kat sini.




Biasanya bila datang sini mesti hujan...tu pasal terpaksa bawa payung. (dah kawasan paling lembab kat malaysia).





hmmm...kawan siapa nii.....




tak bole dekat...nanti takut kena gigit..




bila dah penat jalan...



walaupun first round naik tren...




kali ni berpeluang bergambar dengan ular sawa kuning.Satu gambar rm 10 saje...nana tak nak join sebab takut...mamanya pun sama...




Arnab pun nak kena tengok juga..




take 5....


rehat sekejab......



kali ni datang lebih puas hati walaupun sekejab aje....




Ni nak juga untuk bergambar kali ke dua....memang iskandar suka binatang....kali ni dengan ular sawa lain pula..


kabinet dapur-part 2

walaupun dah lama siap...ehehe...baru nak letak gambarnya.
ini bahagian terakhir yang telah disiapkan...panel tahan percikan terdiri mozek dengan tiga warna- hitam , merah, putih ..tapi bahagian lain dilapisi dengan kaca dua lapis warna...hitam dan putih...kalo tambah warna kuning jadi bendera negeri perak pula.....
Masih mengekalkan konsep hitam putih...ala2 dunia catur gitu....


dapurku yang masih belum berasp lagi..ehehhe.setakat ni masak air je...


Di bahagian dapur basah, saya telah memilih warna yang light sikit...tapi rasa nyesal pula tak pilih hitam juga...apa2 pun dah siap...syukur..



Di bahagian luar rumah..(dengan tanah yang sekangkang kera ni)...kami cuba tanam rumput dengan tanpa sebarang skil....dengan erti kata lain, main belasah aje.




dengan landskap yang tanpa sebarang konsep.... laluan ni tak tau nak tuju ke mana ni....

dengan diselangi pokok pinang merah...



masa balik tempoh hari , hijau je rumput ni tumbuh tapi balik raya hari tu macam dah nak mati la pulaa....





Lantai slate pun dah makin tak berseri....walaupun sidia dari awal tidak bersetuju dengan pilihan slate ni, tapi SIL kata ni lagi menarik..tq dear....ehehhe