Tuesday, June 22, 2010

gambar lama masa kecik2


ini gambar saya dengan abang saya...ingat lagi baju yang saya pakai tu color biru dan ungu , tanah putih...umur berapa masa ni tak ingat, mungkin 3-4 tahun...abang saya 7 tahun kot...skema je waktu ni...eheheh..

ini pula saya bersama abang dan sepupu-sepupu...maheran dan cuyye...ehehhe.muka diorang tak jelas, gamba dah rosak kena air...nasib baik muka budak kecik sorang tu selamat...ehehhe


ni saya dan adik...aina, masa ni kami bergambar di kedai gambar. Umur saya masa ni 6 tahun dan aina 3 atau 4...


Gambar ini diambil pada tahun 1985...saya sebelas tahun, aina 8 tahun dan abang 15 tahun.

Sunday, June 20, 2010

mini fun fair di lumut

masa balik kampung hari tu, mak keciknya bagitau kat Lumut ada mini fun fair.....cepatlah ayahnya nak bawa anak2 ke sana...ini la yang kami terjah dulu...

saiznya kecik aje, tapi bleh la layan anak2...en hubi pun naik dengan anak2...

tapi sebelum naik tadi, 'tengah fikir ni....nak naik ke tak....fikir..fikir...fikir.... '


parking kereta depan jeti lumut ke pulau pangkor...malam2 takde feri , takleh nak ke pangkor...

berehat sebentar, fikir lagi nak main ape, nak naik ape....


mak su pun ikut...

tapi malam ni balqis bad mood, asyik nak dukung aje....sebab baru bangun tidur...apa2 pun, anak2 happy....masa balik pakat beli dan makan aiskrim....

Saturday, June 19, 2010

jalan2 ke ipoh

cuti sekolah hari tu tak ke mana2 pun. kebanyakan masa kat rumah saje...ni je pegi ipoh...kat jusco main kereta...
main kuda-kuda... 9dengan satu balqis....

main adik kuda pula...


lepas tu, baru kami pi mandi-mandi....tapi bukan kat kat lost world of tambun...somewhere in the middle of town...ape nama taman ni tah..lupa la pula...tempat mandinya untuk kanak2 saje...
tapi anak2 tetap enjoy sakan mandi, walaupun masa tu hujan sikit2..

ade air pancut sikit...



ni saje nak test power la ni...

hahaha..bertahan 2 orang ni....

abang is dan nana happy tak kira...dah lama dah tak mandi sini...
dengan pelbagai gaya dan aksi...
tapi balqis tetap dengan 'satunya'....eheheh


ni dah lama mandi dah ni...sejukkk...depan kolam ni ada satu taman kecil...macam kat oasis je dengan pokok palma ni...
kolam ni kecil je, khas untuk kanak2 je mandi. orang dewasa tak boleh join...tengok je bleh..

selepas dekat 2 jam, ni la rupa kaki balqis......

sira pisang

Tiga minggu lepas seorang rakan telah memberi 2 tandan pisang pada kami sekeluarga., satu tandan pisang berangan dan satu tandan lagi pisang emas. Happy gila ....eheheh..sebab rasanya macam2 boleh buat dengan pisang sebanyak ni....kek pisang, pengat, sira pisang, kastad pisang, lempeng pisang, goreng pisang, jemput2 pisang...
tapi mak aiiii..lamanya nak tunggu pisang2 tu masakdekat 2 minggu juga....dalam dok menungggu tu saya agih2 la sikit2 pada jiran2...ye la 2 tandan, mana nak habis...tinggal la beberapa sikat je untuk kami sekeluarga...elok je nak masak, masa nak balik kampung pula...habis la plan nak buat macam2 tu sebab tak sempat nak buat dah. Pisang pun kena bawa balik juga sebab kalau tinggal nanti balik dah tak elok dan busuk pula.hmmm...bila dah bawa balik, makan gitu je pun boleh habis...ehehhe...tak sempat kek pisangku.
ni sira pisang ni saya buat sebelum balik, buat dalam beberapa biji saje.

resepi sempoi je...main agak2 ikut suka.

bahan2:
4-5 biji pisang dibelah dua
1/2 cawan gula
2-3 helai daun pandan
3-4 biji bunga cengkih

cara2:
1. belah 2 pisang tu selepas dibuang kulitnya.
2. letakan pisang2 tu dalam periuk bersama gula dan sedikit air.
3. letakkan daun pandan dan bunga cengkih.
4. rebus sehingga mendidih dan masak.
5. sejukkan dan sedia untuk dihidangkan.

Saturday, June 12, 2010

mufin blueberi

teringin mencuba resepi mufin blueberi dari buku HIDANGAN KEK oleh Nor Aini Zakaria., nampak macam sedap je gamba dalam buku tu. Bahan2 pula semua dah ada, apa lagi. buat je la pagi tadi.
tetapi sambutan dari anak2 agak dingin. cuma zulaikha je yang makan beberapa biji, balqis 1-2 biji je, nana, is dan en hubby langsung tak sentuh....dah jemu agaknya sebab minggu ni asyik kek , cupcake dan mufin je.....
yang ini saya letak blueberinya kat atas...

yang ni saya letak blueberinya kat dalam...ala-ala macam inti laa..

saya letak juga beberapa biji mufin ni dengan chocolate rice sebab sudah tau iskandar memang tak suka blueberi ni....
resepi Mufin blueberi
sumber : Nor Aini Zakaria- buku hidangan kek

Bahan-bahan
250 gm tepung gandum
2 sudu the serbuk penaik
150 gm minyak masak
120 gm gula kastor
1 sudu the garam
2 biji telur gred A
Inti blueberi secukupnya

Cara membuat:
1.telur dipukul dengan garfu sehingga sebati. Ketepikan.
2.Satukan minyak masak, susu segar, gula kastor, garam dan telur. Gunakan pemukul telur dan pukul adunan sehingga gula larut.
3.Ayak tepung gandum dan serbuk penaik ke dalam mangkuk adunan. Tuangkan adunan telur tadi. Gaul hingga sebati tetapi masih kelihatan berketul. Terlebih gaul(overmixing) akan menyebabkan muffin keras.
4.Sediakan tin muffin. Alaskan dengan cawan kertas. Tuangkan adunan sehingga ½ bahagian cawan. Letakkan ½ sudu inti blueberi. Tutup dengan sedikit adunan lagi hingga ¾ penuh . 5.Bakar selama 25 minit hingga masak.

** Adunan ini menghasilkan 12 biji kek.
tapi saya dapat lebih dari 12 biji...dalam 20 biji, agaknya saiz cup saya lebih kecil...



ayam bakar mayonis


dah biasa buat ayam bakar.tapi kali ni guna resepi suzi.. suzi amek dari hana....tq sudi kongsi resepi. saya bakar sebelah ekor ayam je. selepas masak,angkat pakai garfu .. tu pasal cam kopak je skit....ape2 pun memang sedap. sekejap je abis...ratah boleh, nak makan dengan nasib pun ok...
Bahan-bahan

8-10 ketul kepak ayam - sy guna sebelah je sebab malas nak potong2
4cm halia - parut
4 ulas bawang putih - parut
1 sudu besar madu
1 sudu besar gula perang
1 sudu kecil blackpepper
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
2 ½ sudu besar mayonis
Butter@minyak zaitun@minyak masak
garam

Cara-cara
1. Basuh bersih kepak ayam. Ketepikan.
2.Gaul kepak ayam dengan semua bahan kecuali minyak zaitun@butter. Perap 4jam atau lebih. Seeloknyer semalaman.
3.Panaskan oven suhu 180. Alaskan loyang dengan aluminium foil.
4.Susun kepak ayam dan renjis2kan dengan minyak zaitun atau letak sedikit butter di atas ayam.
5.Bakar selama 45min-1jam atau hingga keperangan.
nama pun ayam bakar mayonis, memang kena letak mayonis la.....

Thursday, June 10, 2010

kek blackforest

teringin sangat nak buat kek blackforest ni selepas tengok kek blackforest kak fzi hari tu...terliur....eheheh...selepas survey beberapa resepi saya pun buat la.... ini cubaan pertama saya untuk kek hutan hitam ni..
langkah pertama : mula- mula buat kek span coklat dulu. saya guna resepi tempoh hari juga.
Baru je masak terus balqis nak, tu pasal kek tu terpotong sikit kat tepi tu.....pastu tu banyak lagi la tangan2 kecil yang cubit sikit2 kek ni....memang banyak cabaran sementara nak tunggu kek ni sejuk.



satu potongan untuk iskandar...selepas kek span coklat tadi dipotong dua, letak bluberry dan icing, letak sikit coklat hirisan, coklat rice pun sikit je yang tingggal, ceri...siap laa...ala kadar je untuk anak2 saje..

langkah kedua: inti blueberry..yang ni saya beli dalam tin je...
langkah ketiga: creamnya...
mengikut sumber yang saya baca beli je non-dairy cream- pastu putar...
tapi saya dah terlebih putar.....pastu tu baru jumpa info ni:
AMARAN: jangan terlebih pukul adunan kerana ada jenis whipping cream yang akan cair semulajadi,cukup memadai jika ia kembang , gebu dan likat……
pastu yang ni pula:
Dairy whipped cream= cream yang tak manis
Non-dairy wipped cream= cream yang dah sedia manis..
hmm...saya dah beli dairy whipped cream, memang tawar la...nak kena tambah gula..tapi dah terlambat sebab cream saya dah cair dan berketul2......iskhhh..
akhirnya , saya terpaksa guna lebihan icing yang dibeli tempohari . nasib baik cukup untuk kek yang kecik tu...chocolate rice pn tinggal sikit je, buah ceri bertangkai takde..saya ganti dengan ceri biasa...
mungkin next time cuba lagi...tapi akan cuba resepi lain pula...dan cream yang diputar sendiri ...ehehhe...

Wednesday, June 9, 2010

donut lagi

walaupun berkali-kali sudah buat donut.,saya selalu guna resepi yang berbeza2. Oleh itu perlu ada catatan resepi mana yang paling best dan gebus dalam membuat donut ni. biasanya saya selalu gagal bila ada kaitan dengan yis ni...tapi setakat ni 2 kali cuba resepi ni kira ok la gebusnya...

sumber :skyblue

Bahan-bahan ( 18 biji - saiz besar )
3 1/2 sudu kecil yis segera (instant dry yeast) -saya guna 11 g yis
1/4 cawan air suam
1 1/2 cawan susu segar, pada suhu bilik- saya guna 1/2 cawan saje
1/2 cawan gula halus
1 sudu kecil garam
2 biji telur - saya guna 1 biji saje
1/3 cawan shortening/butter
5 cawan tepung gandum
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara
1.Masukkan air suam dan yis ke dalam mangkuk yang besar (mixing bowl), biar 5 minit atau sehingga berbuih.
2.Masukkan susu, gula, garam, telur, shortening/butter dan 2 cawan tepung.
3.Gaulkan sehingga sebati. Masukkan lagi tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. 4.Uli doh sehingga permukaan ia jadi licin dan tidak melekat pada tangan.
5.Tutup mangkuk dengan kain lembab atau plastic wrap dan biarkan pada suhu bilik sehingga naik dua kali ganda.
6.Taburkan sedikit tepung di atas papan canai, canaikan doh tadi kepada ketebalan 1/2 inci. 7.Potong 'donut' dengan donut cutter. Bagi yg takde dunut cutter (macam sy), bahagikan doh kepada 18 bahagian yg seimbang. Bulatkan doh, buat lobang ditengah-tengah degan jari.
8.Tutup donut dengan kain kering dan rehat selama 30 minit atau sehingga naik dua kali ganda.
9.Panaskan minyak. Goreng donut dengan api kecil atau sederhana sehingga perang keemasan. 10.Jangan guna api besar, nanti doh kat dalam tak masak.
11.Toskan minyak.
12.Salutlah donut itu dengan gula halus atau coklat atau peanut butter...ikut suka laa...





Sunday, June 6, 2010

makan-makan roti nan

agaknya apa la yang sedang dibuat oleh orang itu...

hmmm...balqis dah nak order.....roti nan satuuuu.....ehehhe


ini la yang dibuat oleh orang itu tadi....roti nan. Saya tak pandai nak buat roti ni. Rasa2nya makan lagi senang...eheheh...lagipun mana ada tempayan besar tu....tempayan besar buat isi air ada la....

bersama roti nan tadi, kami makan bersama dengan ayam tandoori ni...sosnya agak sedap juga..

Friday, June 4, 2010

bantal busuk

ini la bantal kesayangan terbaru....ahahah..bukan bantal busuk sangat pun, tapi ada potensi la sebab senang terlena bila bersama bantal ni...bantal panas( warm pillow) atau tungku elektrik ni best sangat. Bukannya nak promote tapi memang syok abis bila guna...senang je tak yah nak bakar2 tungku ...cuma switch on je..
bantal panas ni ada pelbagai saiz dan bentuk..harga pun berbeza2...ade yang ade magnet dan takde magnet.
bantal comel saya punya ni jenis biasa saje dan paling murah...ehehe..berat lebih kurang 1.6 kg..tak rugi beliiii...

Thursday, June 3, 2010

gajah liar sesat di dalam kampung

ini lah gajah liar yang tersesat masuk ke dalam kampung petang tadi...
gajah ni masih di dalam kebun getah penduduk kampung, diberi sedikit makanan...mungkin akan diserahkan pada pihak yang bertanggungjawab...

ini pula penonton gajah liar itu....