Sunday, February 27, 2011

kek cawan pelangi@rainbow cupcake

buat untuk minum petang tadi. sangat lembut dan sedap dan colourful..walaupun kek ni nama kek cawan pelangi tapi warnanya tak cukup 7 warna, 4 je dah penuh cup tu. Resepi untuk kek ini saya ambil dari kak june dan ubahsuai warnakan jadi kek cawan pelangi.....ambil resepi ni dah lama dah , lepas tu perap .....hari ni baru nak cuba. tq utk resepi ini.

dari resepi ni saya dapat hasilkan 30 biji cupcake..masa bakarnya 12minit sahaja.
resepi :
250g butter/marjerin
210 gm tepung naik sendiri
200 gm gula
5 biji telur
1st esen vanila
1st soda bikarbonat
pewarna-kuning , hijau, merah, biru
cara:
1. pukul gula dan marjerin hingga kembang dan putih.
2. masukkan telur 1 per satu.
3. masukkan tepung naik sendiri yang telah diayak bersama soda bikarbonat.
4. bahagikan adunan kepada 4 bekas dan warnakan merah, biru, hijau dan kuning.
5. masukkan setiap warna itu ke dalam kertas cawan.
6. bakar selama 12 minit.
7. siappp....

Thursday, February 24, 2011

hemster kesayangan

ini hemster kesayangan iskandar. Nama yang saya panggil tom and jerry tapi iskandar namakannya zazu. Hemster ini bersaiz kecil dan sangat aktif, suka sangat berlari dalam pusingan itu.

Yang ini pula, iskandar namakan Poci, saya panggil si gemuk sebab ia gemuk , malas dan suka tidur aje.

Sejak kebelakangan ini si Poci ni kuat pula, pandai nak melepaskan diri dari sangkar. Iskandar mula membela hemster ni sejak bulan ogos lepaas. Pernah sekali kami tertinggal si Poci di rumah selama seminggu...ingat dah mati. Tapi rupanya ia dapat bertahan...kuat juga si gemuk ni...


Wednesday, February 16, 2011

kek alunan kasih

bila buat lawatan ke blog kak am dan beberapa blog sebelum ni yang dah buat kek ni, semuanya kata sedap dan dengan teksturnya yang cantik dengan warna yang menarik , memang tak sabar2 juga rasanya nak mencuba. walaupun hasil yang dapat tidak secantik diorang, tapi kek ni memang sedap.
setelah masak dengan rupa yang seram ni, siapa la tak panic....

tapi setelah dipotong memang tidak mengecewakan apatah lagi setelah dirasa.....memang sedap, lembab dengan setiap warna dan alunannya di'lining' dengan garis hitam...(macam lining dengan pen hitam).


mungkin akan bbuat lagi sehingga dapat hasil yang secantik diorang yang pernah cuba buat kek ni...hehehe..tak rugi cuba banyak kali sebab memang sedappp....
KEK ALUNAN KASIH

(Sumber : Pn. Mastura Yasak - FB {Kongsi Resepi})
Cnp dari kak am

BAHANNYA
5 Biji Telur
1 ½ cwn Planta atau (250g) - akak ltk 250g butter
2 ½ cwn tepung gandum (ayak sekali dgn baking powder)
2 cwn gula halus (boleh kurangkan..sy guna 1 ½ cwn je) - akak pun kurangkan
1 sudu kecil baking powder atau 3 sk (sudu kfc)
½ cwn susu cair**
1 sudu kecil esen vanilla (bole guna perasa lain juga)
*Sebuk koko (secukupnya)
*Pewarna ( ikut citarasa masing2..)*sediakan tapis teh yg halus..utk ayak serbuk koko.

Cara2:

1.Pukul planta dan gula smpai kembang...
2.Masukan telur satu persatu..pukul lg smpai kembang
3.Masukan *esen vanilla, susu cair…gaul hingga sebati dan masukan tepung sedikit demi sedikit..
4.Bahagikan dua bahagian..campurkan pewarna pink dan satu bhgn pwrna hijau…
5.Griskan loyang dan tabur sikit tepung..masukan adunan pink..ratakan dlm loyang dan
ayak *serbuk koko menutupi lapisan pertama…ayak nipis2 jer..
6.Then masukan lapisan kedua..warna hijau..ratakan perlahan2.. (jgn smpai serbuk koko di lapisan pertama td terangkat)…ayak serbuk koko di atas lapisan kedua..
7.Mcm tu lah seterusnya..sampai adunan abis…
8.Bakar lebih kurang 45min..160 Degree ikut oven masing2…

Pengalaman kak am :
Utk membuat lapisan kaler2 tu biar tebal sbb bila kita melapis & meratkan adunan tersebut
serbuk koko tak akan terikut sama. Tapi bila adunan yg nak kita lapiskan itu agak nipis/sikit
bila nak meratakan lapisan tu, serbuk koko akak tertarik sama - nanti corak tak akan jadi cantik
.

Wednesday, February 2, 2011

pesta penang 2010

hahahaa...ni cerita lama.cerita tahun lepas lagi...tapi tak sempat2 nak n3...simpan , perap....baru nak bawa keluar. Pertengahan december lepas, otw balik dari kepala batas, singgah kat penang 1 malam sambil melawat ipar di sana.Masa pergi bos besar nak bawa anak2 naik feri...ikut je la..
ni masa berbaris di jeti sebelum nak bayar tol...


masa tu hujan renyai2...masa bawa kereta ni nak masuk feri teringat pula cerita mr bean yang naik feri dari london ke paris tu...ehehhe

bila kat atas feri tu, kami turun dari kereta naik ke dek atas...hujan pun kami redahhhh..



nana dan zulaikha happy betul...iskandar plak kesejukannn....

bersedia untuk turun dari feri.kat atas tadi sekejap saja sebab sejuk...


malamnya, kami ke pesta pulau pinang. Yang ni tak naik pun..mahal dan kami pula bawa ramai rakyat...kalau naik ni je , pastu semua kena balik terus...ehehhe..lebih baik tak naik.


balqis ni...dalam gelap dengan baju hitam pula...

zulaikha, mimi dan iskandar sempat naik kereta ni..yang ni diorang tak nak naik pulaa...

suka sangat nak tangkap itik...


yang ni lagi tak naik...tengok pun dah seram...tak sangup....macam buai gergasi.



yang kat dalam bot belakang orang tu la iskandar. Nak sangat naik yang ni...ingatkan bot biasa saje. rupanya bot ni, gerak perlahan2 naik ke tempat tinggi, lepas tu turun dan melompat ke dalam air.Gambar ni iskandar sedang melompat ke dalam air.. lepas tu gerak perlahan2 dalam air pula sebelum sampai ke permulaan semula. ehehe..kecut perut juga anak lelakiku ni masa dia kat kemuncak tadii...yang ni iskandar sorang je naik. yang lain2 tak cukup tinggi..

ni kat luar rumah hantu. walaupun kita tahu semua tu orang je yang buat, tapi anak2 cukup takut. Kesian maman...siap nangis2.


yang ni zulaikha sorang pula yang naik...yang lain2 tak nak pula...ni kereta api ulat bulu..kat mana tah zulaikha masa ni..nampak kereta api je...
sebelum balik anak2 sempat masuk ke tempat pameran ular walaupun mak dan ayahnya tak masuk..nak sangat tengok ular. biar je diorang bebudak je yang masuk..hepi betul diorang tengok ular banyak2 maalam tu.

esoknya kami balik la naik jambatan pulau pinang pula..