Thursday, December 2, 2010

pengalaman ngeri n seram...di JJ

Hari ni cukup la seminggu peristiwa ngeri tu berlaku. Gambar sebenar pada hari kejadian taksempat nak ambil sebab masa tu emosi dah tak stabil sangat. Minggu lepas , kami sekeluarga + maksu+ 3 sepupu iskandar pergi sama2 ke JJ ipoh. Biasa la...saje jalan2, selepas survey untuk kitchen kabinet. Cadangnya ke JJ ni nak pergi ke bahagian mainan anak2 la. Sampai kat JJ, kami berpecah, saya dengan maksu dan hubby dengan semua anak2 dan sepupu diorang...menjadikan semua jumlah kanak2 , 7 orang semuanya. Selepas berpecah saya dan maksu ke tandas dulu. Kemudian maksu sembahyang, sebab saya dah jamak maka saya ronda2 la dulu kat JJ. Dalam 20 minit, hubby call cakap nana hilang. Masa tu saya kat kaunter bayaran, tergesa2 ke tempat diorang. Tengok2 hubby dah panic...saya control lagi, dalam hati tuhan je tau...masa tu macam2 bermain di fikiran. Saya minta hubby pergi kaunter pertanyaan , buat pengumuman sementara saya jaga anak2 yang lain di food court.
Masa hubby berlalu , jumpa maksu dan suruh maksu yang pergi kaunter pertanyaan, hubby sibuk nak cari sendiri , tanya orang sana sini....menambahkan kepanikan bila tak ada orang nampak anak kesayangku ni.
masa ni terbayang semua tingkah lakunya pada hari tersebut. Lama lepas tu, saya nampak maksu sambil mendukung nana bergerak ke arah kami. Saya pergi mendapatkannya. Sebak nak nangis rasanya. Lepas tu,nampak hubby datang semula masih dalam keadaan panik lagi sebab dia belum nampak nana di sisi saya. Bila hubby nampak je, terus nangis...sebak tak tertahan lagi .

Bagi kami ini adalah pengalaman yang ngeri, tambah2 lagi bila teringat peristiwa shalini dan nurin.....

Rupa2nya, sebelum mereka ke tempat permainan tu, ayah mereka singgah membeli donut di food court. Semasa sedang membuat bayaran, anak2 yang lain berlari ke playground kat situ...ntah macam mana nana terpisah. Agaknya, nana dah menangis menyebabkan ada orang nampak dan menolong menghantar nana ke kaunter pertanyaan. Terima kasih banyak2 kepada insan tadi yang menolong kami dan nana. Kalau tak silap, menurut maksu nama insan tersebut ..liza. saya dan keluarga mengucapkan berbanyak2 terimakasih sekali lagi kepada pn. liza. Hanya tuhan yang dapat membalas jasa baik puan.Kami bersyukur kepada allah...nana hilang dalam 30-40 minit sahaja dan berjaya ditemui dlm keadaan baik. Alhamdullilah......


Moralnya:Jika bilangan kanak2 melebihi jumlah anak sendiri perlu ada dua atau lebih orang dewasa yang mengawasi kerana anak2 sentiasa riang dan lincah di tempat terbuka begini menyebabkan kita sukar nak mengawal mereka.

Monday, November 1, 2010

main air di lost world of tambun

pagi2 lagi dah bangun. Semua gembira nak pergi main air kat lost world of tambun. ..bukan rancang pun nak datang sini, tapi sejak raya hari tu asyik sibuk je weekend , kali ni kiranya nak release tension la. Kami sampai hampir dekat pukul 10.30 pagi.
ni di depan pintu masuk..
beratur nak beli tiket. Kami beli 2 tiket dewasa dan 3 tiket kanak2...balqis je dapat masuk free.

Ini la senyuman orang muda.................atau perasan muda......:P

Ini senyuman anak2 yang memang muda dan gembira nak main air....

senyuman ikhlas dari balqis yang takut nak mandi pagi...tapi kalau nak main air ok aje.


tiket dah dibayar, baru kami dapat masuk..semua tak sabar nak main air ni...




dah dapat pelampung, semua berebut nak pegang pelampung....berlari ke sana sini...sabar aje laa....



kan balqis dah jatuh...tengah nangis la tu...nana happy lagi berlari ...kejar pelampung tu...


baru dapat masuk air. ini di kawasan ala2 pantai....



masing2 dengan aktiviti masing2....



dah ada ombak buatan...




di kawasan untuk kanak2...di sini ada banyak gelongsor. ...ada gelongsor yang besar dan lebar,


gelongsor berselekoh. Iskandar pun pening naik gelongsor ni.

gelongsor bertiga....( tiga color)...ehehhe



kat sini juga ada satu tong besar yang di isi dengan air kat atas tu. bila penuh dengan air, tong itu akan terbalik dan tumpahkan semua air ke bawah. ...


belum puas main lagi...



sibuk nak main sendiri, bukan bagi kita dekat dia...hari ni balqis paling hepi.



iskandar dan nana...



siapa la agaknya dalam gambar ni...mana iskandar, balqis , nana dan kak z....



dah penat, tapi masih bertahan.....



naik gelongsor berpusing..iskandar dan ayahnya.....

baru lepas landing...



masa ni , kami berakit kat sungai beramai2....balqis takut sangat kat patung2 kat tepi sungai tu sebab bila kita lalu bunyi binatang2 kedengaran...padahal bunyi je tapi tutup mata,...confius mama...

keluar dari sungai naik pula merry go round yang sunyi sepi...pusing2 je , takde lagu...kena nyanyi sendiri...ehehhe..pusing pun pusing la...naik juga.
lepas tu bateri kamera abis....takde dah gambar laggi....
lepas naik ni kami naik kapal belayar...yang berhayun...eheheh...tapi balqis dan nana tak boleh naik sebab kecil lagi...apa lagi nangis la...
lepas tu naik keretapi, tengok harimau, singgah di pet's zoo....berendam di jakuzi ...then pegi pantai pula, balik ke bahagian kanak2 ...then pegi sungai balik...naik gelongsoonr tinggi...sampai puas.....
memang puas.....sampai letih...hampir pukul 4 , baru balik....
sebelum balik, singgah makan mee rebus di mee rebus ramlee....

Wednesday, October 27, 2010

makan tengahari di tasik raban

walaupun selalu singgah makan kat sini bila OTW balik kampung, bukannya selalu ingat nak ambil gambar pun.
tempat yang kami singgah makan tengahari kali ni memang terkenal dengan ikan bakarnya- (walaupun bagai nak 'rak' saya nak makan ikan bakar ni, tapi terpaksa ku tahan atas sebab2 tertentu....eheheh...ade orang tak suka makan ikan....)
kedai makan ni terletak dekat dengan tasik raban dan pernah masuk majalah 3 ,lebih kurang 2 minggu lepas...ikan bakar dia memang sedap terutama sosnya...kalau nak makan, makan ramai2 baru best dan barbaloi....
ini antara ikan2 yang siap dibakar dan kita boleh pilih mana2 yang kita suka...


pilihan lauk lain juga banyak... ini antara ulam2 yang ada..gambar ni blur sikit sebab clik sambil jalan je...ehehh..
memang pening nak pilih....semua nak...nampak sedap dan menyelerakan..harga pun barbaloi...


tapi akhirnya , saya pilih lauk biasa saja...ikan goreng biasa, ikan pekasam, kerabu kacang botol, sambal tempoyak dan air sirap saya. ..harga hanya RM 5.50...tapi memang sedap.


hmmm..lepas makan , boleh tengok2 ikan kat dalam kolam ...ikan ni bukan untuk dimasak....kalau datang dengan anak2 mesti diorang suka nak menengek kat sini...depan sikit dari kolam ni diorang buat ala2 air terjun gitu....panorama yang indah....
tempat ni untuk lunch je...kalau nak dinner kena pi tempat lain....


Tuesday, October 26, 2010

lepak2 di waterfront lumut

ni cerita lama, gambar lama....pergi ke waterfront lumut ..kalau tak silap lepas raya hari tu...saje pergi lepak2....sentiasa kami lepak2 sini bila balik kampung.

tengok kapal2 dan feri2 yang berlabuh...

balqis yang mungkn sudah ubah tema untuk dirinya....'balqis kini 2'....eheheh


sambung lepak2 lagi di muara sungai , tempat orang memancing...


di kawasan waterfront ni, ada 2 taman permainan kanak2...kalau datang sini, tempat ni mesti tak miss...iskandar exercise tangan...


masih di kawasan memancing di tepi jalan...di lumut. kapal yang berlabuh kat belakang tu dah cantik, tapi banyak sampah2 kat tepi tu ...malas nak cakap, buat rosak gambar je.


gian sangat nak main air laut...semua pakat turun. tapi kat jeti ni mana boleh mandi, kalau nak mandi kena gi teluk batik la....lagi best.

balqis nampaknya akan menang ni....


usaha pula naik menara kat sini...


ada orang dah penat dah, ...tapi anak2 masih lagi cergas dan aktif....
walaupun beratus kali datang ke jeti ni, tak pernah naik feri berlepas ke pulau pangkor...ehehehe...belum terbuka hati lagi nak pi sana....ehehehhe....

layan aje la...masa ni air laut surut sikit, tu pasal nampak pasir je tu...

Sunday, October 24, 2010

birthday birthday birthday

hari ini, terima kasih untuk hubi tersayang sempena hadiah kek harijadi untuk diriku ini....ehehe..walaupun kek ni dah sedikit tersengit akibat nak elak anak lembu semasa bawa kereta dalam perjalanan balik tadi. Namun, kek ini penuh makna....tq.

berdasarkan gambar kek ini, sebenarnya telah dipecahkan kepada tiga flavor....tapi semuanya bertemakan coklat., itu pasal rupanya yang semacam tu.

bak kata orang ..dont judge the book by its cover...but this time, dont judge the cake by its presentation..the most important thing is the flavor ...ehehheh


ini pula kek hari jadi untuk nana yang ke 4 tahun. Hari jadi nana bulan puasa lepas lagi. Disebabkan kamera tertinggal kat kampung , sekarang baru nak masuk n3.


oleh kerana bulan puasa, kami bercadang memotong kek nana ni disebelah malamnya, jadi saya simpan la dulu di peti ais. Disebabkan dia tau kek ni untuknya, asyik suruh potong je...saya kata kena tunggu malam , makan sama2...dia akur..tapi ada la dekat berpuluh2 kali berulang alik buka peti ais menjenguk keknya tu....

dan berpuluh2 kali juga minta saya potongkan....dan akhirnya dia rasa sikit dengan jarinya.....ehehe...letih nak jawab soalan dia .....'mama,bila boleh potong kek?'


akhirnya, dapat juga ngap kek harijadinya.......




28 september , hari jadi zulaikha....masa ni saya pergi ke kl., jadi ayah mereka yang uruskan semua parti untuk kanak2 ni...ala kadar je..yang penting ada kek.



Sunday, October 17, 2010

lawatan ke jitra lagi

ini la wan nur alya atiqah wan ramlee..hampir 4 bulan. bulan lepas datang lupa ambil gambar. Kali ni datang pun lupa bawa kamera, ambil dengan handphone je..tapi comel juga...ehehe.
kali ni datang tak rancang pun, cuma singgah je sebab hubi kena bawa student pergi main catur kat UUM.., kami pun tumpang sekaki. Petang2, lepak kat depan rumah cikna yang mengadap sawah.

balqis lepak kat kerusi taman ayah su. trade mark balqis ...tetap satu...


balqis dan nana..masa ni affnan sibuk layan kawan sekelas yang baru dijumpainya yang rupa2nya tinggal satu taman dengannya...



Tuesday, September 21, 2010

raya 2010

gambar raya tahun 2010 ni...tema warna ; hijau 2 tones...apa2 je lah...
rasa2nya raya tahun ni penuh makna bagiku.....sejak 8 tahun lalu , baru tahun ni dapat raya semula dengan adik kesayangan....cik na di jitra. Saya telah ke rumahnya pada hari raya ke 5 tapi lupa la pula nak bergambar dengan diorang dan babe barunya.....alahaiiii....