Thursday, December 2, 2010

pengalaman ngeri n seram...di JJ

Hari ni cukup la seminggu peristiwa ngeri tu berlaku. Gambar sebenar pada hari kejadian taksempat nak ambil sebab masa tu emosi dah tak stabil sangat. Minggu lepas , kami sekeluarga + maksu+ 3 sepupu iskandar pergi sama2 ke JJ ipoh. Biasa la...saje jalan2, selepas survey untuk kitchen kabinet. Cadangnya ke JJ ni nak pergi ke bahagian mainan anak2 la. Sampai kat JJ, kami berpecah, saya dengan maksu dan hubby dengan semua anak2 dan sepupu diorang...menjadikan semua jumlah kanak2 , 7 orang semuanya. Selepas berpecah saya dan maksu ke tandas dulu. Kemudian maksu sembahyang, sebab saya dah jamak maka saya ronda2 la dulu kat JJ. Dalam 20 minit, hubby call cakap nana hilang. Masa tu saya kat kaunter bayaran, tergesa2 ke tempat diorang. Tengok2 hubby dah panic...saya control lagi, dalam hati tuhan je tau...masa tu macam2 bermain di fikiran. Saya minta hubby pergi kaunter pertanyaan , buat pengumuman sementara saya jaga anak2 yang lain di food court.
Masa hubby berlalu , jumpa maksu dan suruh maksu yang pergi kaunter pertanyaan, hubby sibuk nak cari sendiri , tanya orang sana sini....menambahkan kepanikan bila tak ada orang nampak anak kesayangku ni.
masa ni terbayang semua tingkah lakunya pada hari tersebut. Lama lepas tu, saya nampak maksu sambil mendukung nana bergerak ke arah kami. Saya pergi mendapatkannya. Sebak nak nangis rasanya. Lepas tu,nampak hubby datang semula masih dalam keadaan panik lagi sebab dia belum nampak nana di sisi saya. Bila hubby nampak je, terus nangis...sebak tak tertahan lagi .

Bagi kami ini adalah pengalaman yang ngeri, tambah2 lagi bila teringat peristiwa shalini dan nurin.....

Rupa2nya, sebelum mereka ke tempat permainan tu, ayah mereka singgah membeli donut di food court. Semasa sedang membuat bayaran, anak2 yang lain berlari ke playground kat situ...ntah macam mana nana terpisah. Agaknya, nana dah menangis menyebabkan ada orang nampak dan menolong menghantar nana ke kaunter pertanyaan. Terima kasih banyak2 kepada insan tadi yang menolong kami dan nana. Kalau tak silap, menurut maksu nama insan tersebut ..liza. saya dan keluarga mengucapkan berbanyak2 terimakasih sekali lagi kepada pn. liza. Hanya tuhan yang dapat membalas jasa baik puan.Kami bersyukur kepada allah...nana hilang dalam 30-40 minit sahaja dan berjaya ditemui dlm keadaan baik. Alhamdullilah......


Moralnya:Jika bilangan kanak2 melebihi jumlah anak sendiri perlu ada dua atau lebih orang dewasa yang mengawasi kerana anak2 sentiasa riang dan lincah di tempat terbuka begini menyebabkan kita sukar nak mengawal mereka.