Wednesday, December 28, 2011

kawan baik sejak zaman kanak2...

inilah kawan baik saya sejak zaman kecil lagi. Teman sepermainan, teman sekolah, teman bergaduh..... berpisah, berjumpa, berpisah semula, jumpa balik...eheheh..kalau dah lama terpisah atau terputus hubungan , kami akan saling mengingati...dan mula mencari semula..memang kenangan dari sejak zaman kecil sukar untuk dilupakan.
kali ini, siti yang datang ke sini...walaupun sekejap sahaja, tapi sudah cukup unuk menghilangkan rasa rindu....
ehehe...siti masih jua lebih tinggi dari saya. Siti dan keluarga bermalam di rumah rehat di pekan.
Paginya, kami bersarapan bersama-sama.

kemudian kami ke keroh untuk membelah beli. Siti sempat menyambar corelle satu set dan beg tangan di samping barang2 lain.....ehehe..
pulang dari sana, saya dan balqis singgah sekejap di bilik mereka sebelum mereka berangkat pulang. Si sayang balqis sempat juga mandi bersama2 dengan umaira di bilik rumah rehat ni. Selesai mandi, sibuk sihat rambut balqis.
sikat lagi....
dan lagi...hingga akhirnya umaira kata rambut balqis keras....hahaha...rambut dah panjang, kusut la sikit...memang susah nak sikat.
lepas tu main ipad sama2....tak lama lepas tu kami balik la....tq siti dan keluarga sudi datang melawat kami di sini . Semoga kita berjumpa lagi...

Tuesday, December 27, 2011

italian rainbow and russian black and white

Kek russian black and white...sangat sedap dan sedap dan sedap. huh, darsyatnya pemotongan kek ni. Kek ni patutnya nampak cantik bila dipotong tapi biasa la ...eheheh siapa punya kerja ni.
Italian rainbow cake yang original...ehehe
walaupun pelangi ada 7 warna, saya pun tak faham kenapa kek ni ada 6 warna sahaja...tapi nak nama rainbow juga, mungkin sebab warna warni kot...
Ni susun warna pun salah...Mak Janda Ke Hutan Belantara Ikut Unta. Jadi warna yang hilang warna indigo...


Akhirnya ....

merajuk



control habis....ehehhe

Tuesday, December 13, 2011

weekend with cikna's family @seri iskandar and teluk batik

happy bila cikna sekeluarga datang cuticuti malaysia kat rumah kami di seri iskandar . Malamnya kami bbq..




tak sabar nak makan dah...tak sangka ayam yang kami bakar malam ni rentung gila.....ehehehe..tapi dalam gelap mana nampak sangat..





model bbq kami malam ni...kami bbq kat tepi rumah je...





esoknya kami bawa cikna dan keluarga ke pantai teluk batik....sebab week day, tak ramai sangat orang yang berkunjung ke sini.kalau weekend, nak masuk tandas pun kena beratur.pantai dah jadi lautan manusia, banyak orang dari air laut....kapal layar siapakah ini?







sampai je, memang terus terjun laut...mandi dan mandi dan mandi sampai itik pink ni pun dah jadi arwah...sewa pelampung hitam hanya rm 4 saje.



kami datang kali ni, ada pula water ball.. rasa macam.. nak cuba juga...




satay ikan pun ada juga dijual di sini. teringat suzi yang mengidam satay ikan tempoh hari...teringat juga satay ikan kegemaran saya masa kecil2 dulu....sedap sungguh..tapi satay ikan yang ini tak boleh lawan satay ikan masa saya makan kecil2 dulu.



ke sana sini melayan si kecil ni...memang tak boleh duduk diam...


iskandar tangkap ketam pula..anak ketam je.



Nak cuba main water ball ni...masuk dulu, baru belon dipam...balqis, nana, ayahnya, iskandar , zulaikha dan affnan..kanak2 rm 5, dewasa rm 10.







huhuhu...bila belon dah masuk dalam air, nana dan balqis mula menangis...ayahnya dah tak boleh gerak2.zulaikha dan iskandar cuba gerakkan belon pun dah tak boleh sebab ayahnya yang lebih berat tak boleh nak bergerak..


akhirnya..belon hanyut gitu je...tak fun pun...panas je kat dalam tu...dengar nana dan balqis nangis je...





menengok aje dari jauh orang naik banana boat ni...takut jadi macam dalam belon tadi...anak2 takut.




tapi kat sini enjoy betul. sambung mandi balik selama hampir dua jam. itu pun puas ajak naik dan balik.











esoknya cikna pun balik ...harap2 datang lagi ke rumah kami ni.nanti kita enjoy kat tempat lain pula ye.

kami hantar cikna sampai ke highway ipoh...balik singgah merry brown..makan ais krim ni.....3 hari 2 malam yang best dan lebih bermakna dengan kehadiran cikna sekeluarga.Iskandar paling happy bila cikna bagi angpau sebelum balik...ehehhe...

Monday, November 28, 2011

hari keluarga pra sekolah nana



Antara aktiviti pra sekolah nana...saya terlupa tarikhnya sebab dah lama...ehehe..sebelum cuti lagi tapi biasa la...sebab line internet tak ada atau slow sangat...maka semua ni tertangguh, tapi selagi gambar ada boleh aje tunggu...saya juga terlupa hari keluarga atau sukaneka...eheheh...
Banyak juga aktviti untuk anak2 sertai ..antaranya seperti gambar ini...



yang ini aktiviti sendiri...










sambung straw...



dah penat tu...







sempat lagi nak tambah aktiviti sendiri lagi .....