Monday, August 23, 2010

kuih lompat tikam

kuih ni bukan saya yang buat tapi pemberian jiran sebelum berbuka puasa. Pada mulanya tertanya2 juga kuih apa la ni...sebab kalau kuih lompat tikam versi kelatan warisan berzaman dulu tak de cam ni....maksud saya , pulut merahnya diasingkan dari lapisan hijau dan putih tu. bahagian hijau dan putihnya dua lapis tu je, pastu tu kita amek pulut merah tikam atas kuih berlapis tu bersekali dengan kuah gula melaka(nisse)....tu pasal dipanggil kuih lompat tikam...

kuih ni takde la jadi kegemaran saya....maksud saya, saya takde la berangan2 nak buat pun...tapi kalau dah ada tu makan je.....ehehe..rezeki jangan ditolak...

oleh itu, takde la resepi untuk kuih ni. kalau rasa nak makan pi beli je....eheh..tapi kuih ni bersepah kat kelantan.

namun begitu, kuih lompat tikam versi yang baru saya tengok ni, saya boleh terima laa....sebabnya lagi senang nak buat lagi sempoii dan lebih bergaya.....

Thursday, August 12, 2010

puding roti caramel 2

hari kedua di bulan ramadhan...begitu sibuk dengan tugas harian tapi hari ni teringat resepi yang simple ni dan rasa nak buat pula....sebabnya senang, mudah , cepat dan sedap.
dessert ni boleh dikategorikan sebagai puding roti juga seperti yang kebiasaan saya buat. cuma kali ni kurangkan roti ...dessert ni kalau tak bubuh roti langsung, kita panggil puding caramel je...tapi sebab dah bubuh roti tapi sikit, jadi puding caramel perisa roti....eheheh....tah apa2....

resepi kali ni:
bahan2
1 tin susu cair
1/2 cawan gula- boleh kurangkan kalau tak suka manis sangat
2 biji telur
1 st esen vanilla
4 keping roti
3 sudu gula untuk buat gula hangus

cara2:
1. masukkan semua dalam satu bekas- susu cair, gula, telur, esen vanilla, roti yang disiat2...( nak blend semua pun boleh jga).
2. sediakan gula hangus di dalam loyang...jangan sampai hangit, nanti pahit pula.
3. masukkan bahan dari dlam bekas tadi ke dalam loyang itu.
4.kukus la...biasa 20-40 minit..


zulaikha paling suka kalau dessert macam ni...selepas mamanya...ehehhe,..