Sunday, April 11, 2010

apam mekar

kuih apam mekar...seronoknya buat kuih ni . Rasa2nya jadi la kot. ni first time buat. Rasanya ok ..sedapppp..lebih kurang cam kek juga. ..tapi iskandar ni bila dengarr apam tak nak makan la pula...padahal kalau apam yang beli , makan pulaa..hanya balqis je yang makan dengan bersungguh2. Resepi ni diambil dari rumah hana. tq hana ...

...tapi resepi asal dari kak.hanieliza yg telah dikongsikan di my.resipi oleh kak.rossitamz. kita layan resepinya...
Bahan-bahan
150g tepung gandum
125g gula - hana kurangkan 100g jer
1 biji telur
1/2 sk ovellete
100ml susu segar
esen vanila
Pewarna - ikut suka
Paper cup secukupnyer

Cara-cara
1.Panaskan kukusan. Sebaik-baiknya, bungkus penutupnya untuk mengelakkan air dari jatuh ke atas bahan kukusan nanti.
2.Pukul telur bersama gula hingga kembang dan gebu.
3.Masukkan esen vanilla dan pukul lagi.
4.Masukkan ovallate dan pukul lagi.
5.Masukkan tepung dan susu berselang-seli sambil dipukul sehingga gebu.
6.Bahagikan adunan kepada 2 bahagian (ikut pewarna yang diinginkan, jika nak guna 3 warna then bahagikan kpd 3 bahagian).
7.Masukkan pewarna dalam setiap bahagian dan kaupbalikkan hingga warna sekata.
8.Masukkan setiap bahagian warna kedalam piping bag yang berasingan(atau plastik bersih dan potong sikit bucunya).
9.Letakkan paper cup ke dalam acuan apam dan picitkan setiap bahagian warna ke dalam paper cup tersebut.
10.Kukus selama 10 - 15 minit (bergantung kepada saiz paper cup).
11.Siap untuk dihidangkan sebagai minum petang ataupun sarapan.



setelah dikukus semua, dapat la dalam 15-17 biji...tu pun tak habis...tapi seronok bila tengok semuanya mekar...macam bunga ...


kuih apam berbaris dalam bekas ......


Monday, April 5, 2010

bahulu kukus

hahahha ...first time try buat kuih ni...sumber resepi amek dari kak noreen..tapi kak noren amek dari chef bedah..
rasa ok ..boleh tahan, tapi iskandar tak berapa suka.hmmm, tahap sambutan dikalangan anak2...gred c....dingin...jadi, bagi kat jiran sikit..terkejutnya bila jiran cakap kuih ni sedap, anak2nya suka makan...sebenarnya anak2ku lebih sukakan cupcakes lagi..kata jiranku, kuih ni macam kuih ambong tapi kuih ambong saiz besar...hmmm...apa2 je la...layan resepi yang kuambil dari kak noreen ni:

Bahan-bahan
(20 biji bergantung pada saiz):
5 biji telur
200gm gula pasir/kastor
1 camt esen vanilla
1/2 camb ovalette
210gm tepung halus/superfine/kek ( takde...ganti tepung naik sendiri)
60ml santan ( ganti dengan susu cair)
kismis secukupnya - optional - tak letak pun..
cara:
1.pukul gula, ovalette, esen vanila dan telur sehingga gebu lebih kurang 6 min
2. kemudian perlahankan mixer dan masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil
dipukul rata
3. masukkan santan dan pukul lagi sehingga rata
4.selepas itu perapkan adunan selama 20 min
5.panaskan kukusan
6.masukkan adunan 3/4 penuh ke dalam papercup
7.taburkan kismis
8. kukuskan selama 10 min atau sehingga masak
9.hidangkan

source: chef zubaidah che pa

catatan: bilangan yang kuperolehi banyak..tak sempat nak kira, tapi rasanya lebih dari 20 biji...mungkin saiz agak kecil...
next time boleh letak color2 sikit...tapi rasanya lambat lagi nak buat semula sebab anak2 tak gemar sangat...

hari ni buat cupcake pula.....terpaksa buat sebab kuih bahulu tu anak2 tak berapa suka...

gamba kat bawah ni baru la cupcake kegemaran iskandar...buat lagi cupcake ni untuk kali ke berapa tah...cam oven bocor je..bakar2, abis...bakar2 abiss...dapat la dalam 35 biji...tapi last sekali tinggal 10 biji je...tu pun cakap kat diorang untuk bekal sekolah esok...eheh...laku bebeno...

masih gunakan resepi yang sama dengan sebelum ni...


Sunday, April 4, 2010

pulut sekaya


setelah sekian lama menyimpan hasrat ingin mencuba resepi dari kak fzi...akhirnya, hari ni dapat direalisasikan....walaupun dalam serba kekurangan...namun, yang pasti balqis makan paling banyak...sebab dia suka sangat dengan pulut..
pulut sekaya ni adalah gabungan pulut dengan sekaya. ..warna sekayanya agak pucat. sepatutnya warna coklat lebih terang, tapi rasanya tetap sedap.....seperti yang beli original punya katt pasar hijau di kb tuh...
kak fzi..saya C& P resepinya kat sini ye....
Bahan2nya:
Secawan beras pulut
1/2 cawan pati santan dicampur dengan air masak( terpaksa guna santan paket je sebab susah sgt gi pasar)
4 biji telor
2 keret manisan siam ( terpaksa guna 3/4 cawan brown sugar je)
daun pandan di simpul
secubit dua garam

Cara:
Cairkan manisan + sedikit air + daun pandan yang disimpul.
Kukus pulut + santan + sedikit garam + daun pandan yang disimpul. Santan paras2 tenggelam pulut.
Bila manisan dah cair, keluarkan daun pandan dan sejukkan sebentar.
Kepok telor kemudian masukkan manisan. Kepok lagi biar mesra ke dua-duanya. Tambahkan secubit dua garam.
Bila pulut masak, keluarkan daun pandan, karih2kan pulut biar serata kemudian tekan2 kan sedikit biar padat di dalam loyang.
Kukus balik pulut selama 5 minit.
Sesudah itu taburkan sedikit gandum di atas pulut lalu dicurahkan adunan telor dan manisan ke atas nya.
Kukus lah sampai masak +- 15 hingga 20 minit.
Tunggu sejuk, baru elok untuk dihidangkan.
tq kak fzi untuk resepi ni...terubat kerinduan nak makan kuih sekaya.