Wednesday, December 30, 2009

puding coklat

kali ni dah berjaya keluarkan puding ni tanpa hancurrr...
mula2 tengok puding ni kat dapur suzi. Sekali tengok takde la minat sgt, sebab hitam je..tapi penah makan sebelom ni yang orang lain buat. ok la rasanya..resepi asal dr kak june.

Bahan-bahan ( 1 loyang sederhana besar )

* 1/2 cawan serbuk koko
* 1 cawan gula
* 1/2 cawan susu tepung
* 1/2 sudu teh garam
* 4 1/4 cawan air
* 4 sudu besar tepung jagung
* 1/2 sudu teh esen vanilla
* 3 sudu besar butter
* 1 paket serbuk agar2 (10-11gm)

catatan: ku tak guna agar2 serbuk tapi 10 g juga agar2 bertali tuh....air sebannyak 6 1/2 hgg 7 cawan..



ayam paprik


hari ni masak paprik versi sendiri...maknanya main belasah je...jadi, resepi segan la nak tulis kat sini...tapi bagusnya , hubi kata sedappp...maknanya betul2 sedap la tu...eheh..

Wednesday, December 23, 2009

kek tembikai


kek tembikai..ku amek sumber dari bro rozzan..bro rozzan amek dari ienah 18. Kek ni lagi sedapppp...dan senang nak buat.. cuma kek yang kubuat ni silapnya dari segi ketebalan lapisan jee..lapisan warna asalnya (kuning) tebal sangat..menyebabkan tembikaiku kurang isinya...lapisan merah jadi sikit.

ini resepinya:

KEK LAPIS WATER MELON CHEESE
Sumber asal: ienah18 (mesra.net)

Bahan-bahannya:
10 biji telur
150gm gula halus
2 gelas tepung hong kong (kira-kira 180-200 gm)
1 sudu ovallette
100gm horlick
450gm mentega
1 tin susu pekat manis
250gm cream cheese( yang ni ku tak bubuh sebab tak gi beli)
chocolate chips

Cara:
1) Telur, gula, tepung hong kong, horlick dan ovalette di pukul hingga kembang dan pekat.
2) Mentega,susu dan cream cheese di pukul hingga putih. satukan kedua-dua adunan dan gaul hingga sebati. Bahagi kan kpd 3 bahagian.(a) warna hijau 3 lapis (setiap lapisan 5 sudu makan.(b) warna putih 2 lapis (setiap lapis 5 sudu makan.(c) warna merah lapis hingga habis (setiap lapisan taburkan dengan chocolate chips)
Bakarlah selapis-selapis sehingga masak.

catatan: seperti biasa untuk mengelakkan risiko tak jadi..ku kukus aje...ehehehh...compom jadik.



kek lumut


nama kek ni kek lumut bukan sebab menggunakan lumut, tapi agaknya permukaan atasnya yang seaakan lumut yang hijau tu...sangat moist dan lembut, dan paling penting sedap. Buat semalam hari ni licin..Resepi ni diambil dari Cik Mat gebu...

Kek lumut
Bahan-bahan untuk 1/2 adunan : loyang 7 " x 7 "
• 1 cawan tepung gandum (diayak)
• 1 cawan horlicks
• 3/4 cawan gula halus
• 250 g mentega
• 4 biji telur A
• pewarna hijau secukupnya
• 4 sudu besar seri kaya
• 1/4 cawan susu pekat manis
• 1 sk esen vanilla

Cara-cara :
1. Sediakan pengukus. Didihkan air. Griskan Loyang dgn mentega dan taburkan dgn sedikit tepung.
2. Pukul mentega bersama gula halus hingga kembang dan berkrim. Gunakan kelajuan maksima.
3. Masukkan telur sebiji dan pukul hingga sebati (guna speed sederhana). Kemudian, masukkan lagi sebiji telur dan pukul lagi. Ulangi proses ini sehingga habis.
4. Masukkan susu dan serikaya. Ratakan.
5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit diselangselikan dgn horlicks dan gaulkan sebati.
6. Masukkan pewarna hijau dan esen vanilla. Sebatikan.
7. Tuangkan adunan ke dalam Loyang dan tutupkan dgn kertas foil.
8. Kukuskan selama 2jam 30minit. (tambah air panas jika hampir kering)


catatan:
tak sempat nak kukus sehingga 2 1/2 jam sebab hubi ajak jalan....

Sunday, December 20, 2009

jalan-jalan ke zoo taiping


rabu lepas kami jalan-jalan ke taiping pula. Asalnya ke rumah adik ipar tapi alang-alang ke taiping , kami singgah la ke zoo.Saje nak tengok binatang2 kat zoo ni. ..apo khabornya depa seme... gambo kat atas ni sebenarnya gamba singa, ala- ala simba le dalam movie tu....singa tu dok bertenggek kat ujung tu sambil termenung memikirkan masa depan...

naik tren la pula...tiap kali datang zoo, mesti naik tren...tak larat nak jalan....banyak sangat haiwan-haiwan nak kena perhati nih.



Iskandar dok tengok-tengok burung unta..

Semua sibuk nengokkan apa la gajah-gajah tu buat.



hmm ...nana penat la. nak tido la pulak..






posing gini ok ke mama?....ehehhe..nana yang tak habis-habis nak berposing..



masa naik tren tadi rupa-rupa ada yang tumpang sekaki dok happy kat belakang tu....ehhhh...maksu yang mantoppp...








zirafah pon nak kena nengok gak...sebab kat rumah mana ado zirafah...







hmmm....bangau pon...





Saturday, December 19, 2009

perjalanan pulang dari johor


dalam perjalanan pulang dari johor, kami singgah di bangi, rumah ayah long (abang aku la..). sampai pun dah petang, kami bernasib baik sebab sempat lagi makan nasi beriani gam muar kat BBbangi.Punya la jalan dari johor,tapi makan nasi beriani johor kat bbb plak...iskhh..tapi tak pe janji sedaappp...gamba tak sempat nak ambil..seeperti biasa..ngap sampai abis...gamba kat atas ni sebelah petangnya, abang arif , iskandar dan nana di taman, masa ni kak z leka main buai..

di taman dekat rumah ayah long ...saje main-main kat taman..

nana dengan satu malaysia...maintain!!
dari BBB, kami singgah di shah alam, tempat ijam keje...lunch, makan macam2...
ni gamba apa? ..ehehhe ..blur jeee...rm 5.80...lai chi kang sejuk..

kami order 2 set chicken chop dengan harga rm 10.20 per set..

yee mee sizzling dengan harga rm 7.80 dan spagetti yang dingap oleh hubiku...so, tak sempatt nak ambil gambonya....licin....

sirap dan strawberry ice blended atas permintaan zulaikha

kat atasnya ada ice cream ..semua ni, ijam yang blanje...tq ijam...

bertolak dari shah alam , kami singgah lak kat hentian R&R behrang sebab driver nak tido jaap...dua anak peremuanku ni masih lagi cergas dan ceria...

iskandar yang masih lagi mamai dan mengantuk..

gamba ni sebelum kami bertolak pulang dari johor, ngap dulu mee rebus..

Di majlis pernikahan dan perkahwinan ayu dan amy


selamat pengantin baru, semoga bahagia selamanya...murah rezeki dan panjang umur...

pengantin di meja makan...

leka dok tengok air pancut depan meja pengantin..

maksu saje layan anak-anak sedara

anak anak dapat kenalan baru dari sedara mara yang jauh-jauh...iskandar suka kawan dengan fikri dan izwan..

Ini la hasil dari gotong royong sanak saudara dan jiran tetangga.dengan ketua chef, che peman...tq semua...semua lauk pauk sedap2 belaka.

gentlemen pulak, cuci dan bersihkan ayam...sambil basuh ayam , sambil ngumpat ko?eheheh..

gotong royong sesama sanak saudara..masa tu tengah kupas bawang putih..

pasangan pengantin di atas pelamin..ayu dan amy ..selamat pengantin baru.

pelamin bertemakan warna gold..

maksu dengan pengantin


antara hantaran untuk pihak lelaki

perjalanan ke johor

minggu lepas kami sekeluarga ke johor untuk menghadiri majlis perkahwinan saudara sebelah hubi. kami kat sana selama 4 hari. Semasa perjalanan pergi kami singgah kat tapah. Sempat untuk posing2...ehehhe..

Tujuan utamanya...nak naik kete ni la....terutama najwa, maksu tumpang sekaki..

main gelongsor..

posing lagi di R&R tapah. Lepas tu beli donut..gamba donut tak sempat nak ambil, cepat sangat ngapnya..

Berhenti lag di R&R sungai buluh...makan KFC atas jambatan lebih sedappp..ehehhe

nana dan 1 malaysia..

ayahnya tido, anaknya berposing..

driver mengantuk sangat..berhenti rehat dan tido kat R&R seremban.

Wednesday, December 9, 2009

Puding marble kastad


puding ni sepatutnya berlapis , tapi dah jadi 'marble ' la pulak...eheheh..jadi ubah la jadi puding marble kastad. .tak pelah. janji sedap...puding ni memang sedap . tak tipu punya...lagi sedap makan sejuk2.
Resepi diambil dari dayang jack..tapi diubah suai mengikut kuantiti agar2 yang ada di dapurku.
Bahan-bahan ( 8 - 10 orang )
• 5 cawan air
• 1 paket agar-agar (20 gm)
• 2 cawan susu segar
• 3 biji kuning telur (saya guna jg putih telur)
• 3 sudu besar mentega/majerin
• 1 sudu besar serbuk koko
• 1 sudu besar tepung kastard
• 1 gelas gula

Cara-cara
1. Masukkan 5 cawan air didalam periuk. Biar air hingga mendidih. sementara itu, pukul telur bersama mentega, ketepikan.
2. Bancuh tepung kastard bersama susu segar. Setelah air mendidih, masukkan agar-agar bersama gula. kacau hingga kedua-dua bahan larut.
3. Setelah bahan tadi larut, masukkan bancuhan tepung dan kacau. Kemudian masukkan pula telur yg telah dipukul bersama mentega tadi. Kacau sebati dan tapis adunan.
4. Bahagi adunan kepada 2 bahagian. 1 bahagian dicampur dengan serbuk koko.(serbuk koko dibancuh dengan sedikit air panas). kacau sebati. 1 bahagian lagi biarkan warna asal.
5. Sendukkan 1 bahagian koko ditengah loyang, diikuti 1 bahagian warna asal di atasnya. Ulang hingga habis. Sejukkan di dalam peti sejuk. * Acuan loyang terpulang kepada individu.




nak buat langkah no. 5 tu yang gagal tu. sebab tu jadi marble...hubi ngap habis separuh....sedap la tu..ehehhe..A++ la..