Sunday, January 23, 2011

@rantau panjang dan KB

Kali ni balik ke kelantan atas urusan kerja.Jadi anak2 tak bawa lah...tinggal dengan boss besar. Biasanya Rantau panjang mesti jadi antara tempat yang dituju kalau datang dengan rakan2 kerja ni.
Masa kat rantau panjang , tak beli apa2 pun...satay ikan je.., satay udang, satay ayam(muka kucing), satay ketam...kenyang juga.

Rakan saya pekena rojak buah pula

Lakso ni , saya makan dengan cik yam kat pasar besar siti khadijah..cepat2 je makan sebab ingat lepas tu nak sambung shopping..pastu tak jadi pula..

sambil pusing2 ambil gamba dari tingkat 2.
masa kecil dulu, tengok tempat ni macam besar je. tapi hari ni tengok kecil pula...

balik dari pasar, cik yam nak naik beca pula..saya temankan je. Tapi takut juga cara pakcik tu bawa beca. Terjerit2 cik yam...

cik yam senyum kambing...

ni senyum seram.....
makan malam kat depan hotel je...

pandangan kb dari rest house...
sebelum check out..
cik yam puas hati, sebab malam tadi sempat pergi ke wakaf che yeh beli tudung..eheheh...kat belakang tu la sungai kelantan.

Saturday, January 22, 2011

wardrobe baru

Ini projek di rumah baru . Di master bedroom, ini partion untuk walk- in wardobe..pintu sliding berkaca kabut.Walaupun pada asalnya teringin nak letak cermin dari atas ke bawah, tapi rasanya pilihan ini sudah tepat.

walk-in wardrobe ini saya pilih color beige, di bilik boss besar.Utk wardobe,pintu sliding di bahagian bawah dan bahagian atas pintu biasa.

siap dipasang dalam masa 3 minggu sejak awal tempahan.

Di bilik anak2 perempuanku...my power puff girls...sekarang semua suka tengok karton ni.Body color hitam, ada stripe sikit dan pintu sliding color putih jalur kelabu.

Shoe cabinate kat luar rumah. semoga semua pandai susun kasut kat dalam tu....

Monday, January 17, 2011

lawatan ke kelate....balik kelate

kami balik ke kelate masa cuti sekolah hari tu.Balik sekejap saja.3 hari 2 malam...macam package hotel pula...Bermalam di rumah mak kecik diorang. Dalam masa tu sempat la melawat mak saudara di bukit marak dan di besut. Sebelum balik dari besut , kami singgah sekejap di Bukit keluang yang dekat dengan rumah tok sahnya.
Bukit keluang masih seperti dulu juga.


Sebelum sampai ke besut, kami singgah sekejap di rumah abi kat jernih. Nasib kami baik, abi ada di rumah. Sempat la kami berjumpa sekejap.

Anak2 kami dan anak2 abi. Harash dan iskandar dulunya kawan baik...bila berjumpa malu2 la pula.


Kat rumah Mak kecik...bergambar sana sini..


semua nak posing je..


sambung balik kat bukit keluang tadi.Tengok ombak kuat sangat ltakut nak mandi. Anak2 main kat muara sungai je. Sibuk nak tangkap anak2 ikan.


maksu pun layan diri , posing jugaaaakkk...

Boss besar pun sibuk layan diri juga....pikir masa depan....ehehhe..perancangan strategik 2011...


Aktiviti anak2 lagi...balqis sibuk nak korek pasir...


Berendam....


berendam lagi...

lepas maksu layan diri tadi...kami makan2 je nasi dagang dari rumah mak kecik tadi...


Maklong diorang pun makan nasi dagang juga...



Yang ni posing juga....

Ni lagi darsyat....... Semua nak layan diri...sabar je laa...walau bagaimana pun , kami semua enjoy aje....