Saturday, March 24, 2012

italian rainbow cake lagi

saya buat kek ni sempena majlis jamuan, bacaan yassin dan perpisahan masyura...kali ni saya puas hati buat kek ni walaupun dari segi kekemasannya masih tahap sederhana...cuma color purple masih susah nak jumpa lagi..maka saya ganti dengan pink...ahakksss...
dan sepatutnya permukaan kek ni betul2 licin tapi saya malas nak bazir masa . lagipun kek ni untuk makan je, bukan untuk dijual lagi..
Rasanya....tetap best, kejap je dah licin.

Friday, March 23, 2012

BBQ dan mandi2 di Teluk senangin

Kak Satirah sekeluarga, mak kecik sekeluarga dan kami juga sekeluarga berkelah di teluk senangin pada cuti sekolah lepas... sambil bbq, makan2, mandi2. paling seronok anak2 la yang tak sabar2 nak mandi.
dapat pula ttempat yang sesuai dan cantik. masing2 sibuk . Bbq, goreng keropok, siang ikan....
bos ni pun sibuk juga kipas2 gitu tapi kejap je..
Lepas tu Pok nik yang take over.Asalnya nak beli udang atau ketam tapi yang hanya tinggal ikan saje. Cik puan satirah tengah sibuk siang ikan untuk dibakar.
Anak2 sibuk cari siput dan ketam.
Sedap ni...
ini yang berjaya mereka kumpul.
Anak2 sibuk betul mandi dan mandi dan mandi....tapi di kawasan ni ada banyak obor2.
Salah seorang anak puan satirah digigit obor2.
Elok je lepas habis bakar ayam dan ikan....belum sempat nak makan sama2, salah seorang anak 2 yang mandi tadi digigit obor2. Maka tergegas la ayahnya hantar ke hospital yang agak jauh juga. jadi kami tak sempat la makan sama....masing2 ambil sendiri sebab lepas tu kami semua sibuk kemas2 dan tunggu diorang balik dari hospital. Lagipun hari dah nak hujan.
hari yang best pada mulanya sebelum salah seorang digigit obor2.....walau macamanapun kami semua tetap happy juga dan bersyukur semua ok lepas itu.