Tuesday, January 26, 2010

bukit merah laketown resort


hari ahad lepas, saje jalan2 ke bukit merah...dah lama tak mandi2 dan main air,..sebab ikut school package dapat harga diskaun. ,dewasa rm 35 , kanak2 rm 27...waterpark dan ecopark +lunch + souvineur...ok la tu.. sampai je kat entrance, terus je nak main air pancut kat situ...tak sabar2..
kak z dah siap terjun dulu...ni kat sungai bahagian kanak2.




cawan gergasi ni tak pusing2 pun..masih dalam pembinaan atau baik pulih...ntah la tapi tak berfungsi. jadi kami posing je la...jadi laa, alang2 masuk..




baru mandi setengah jam, hujan la pula...bukan renyai je tapi lebat betul...diikuti petir dan guruh lagi..kami terpaksa berteduh...tunggu hujan berhenti...dekat 1 jam baru hujan berhenti...

kami pun sambung mandii,.....babe b posing dengan hidung 'mancungnya'....eheheh



mandi biar sampai puas....




wet bubble...tengok je, kami tak main ni...budak2 besar skit boleh la..



yang ni kami join la...berakit kat sungai..



gelongsor ni, kak z dan iskandar naik dengan ayahnya je...





main pelampung lagi...




sebenarnya, kami ke ecopark dulu, baru mandi...sebab dah ada dalam pakej tu, kami layan je laa..
dari ecopark, penat berjalan...rehat sekejap .
















laju je nak ke waterpark




baru keluar dari ecopark .



kat ecopark, banyak juga binatangnya. Antaranya:




deer ..





sumpah2... ehehehhe...nampak tak...







burung merak ..ular, buaya, helang..dan banyak lagi tapi yang paling istemewa pertunjukan burung kakak tua..
gamba burung buat pertunjukan tak de sebab kami dok bahagian belakang...kicik sangat gambanya...nanti tak tau pun burung kakak tua tu kat mana...ehehehhe..masa dalam ecopark ni, anak sibuk je tanya bila nak mandi ni.....semua tak sabar....


kak z di eco park..ada ular yanng sedang tido kekenyangan di sangkar belakangnya. eheehh...

Tuesday, January 19, 2010

puding caramel lapis coklat


biasanya kalau buat puding caramel yang biasa saje..tapi kali ni nak try yang berlapis coklat pula...

Bahan-bahan ( Loyang bulat 6" x 3" )
Bahan A :
1 tin susu cair
5 sudu besar gula
3 biji telur Gred A
1 sudu kecil esen vanila

Bahan B :
1 tin susu cair
5 sudu besar gula
3 biji telur Gred A
4 sudu besar serbuk koko @1 sudu kecil serbuk nescafe + 1 sudu kecil pes coklat

Bahan C :
2 sudu besar gula - hanguskan dan campur 4 sudu besar air panas (atau boleh guna 2 sudu besar madu)

Cara-cara
1.Kacau Bahan A dan Bahan B dalam dua bekas berasingan. Tapiskan.
2.Panaskan periuk kukusan, masukkan gula hangus atau madu dalam loyang.
3.Masukkan ¾ cawan adunan Bahan A ke dalam loyang dan kukus selama 5 minit atau hingga masak.
4.Bila dah masak, tuangkan pula sukatan yang sama bagi adunan Bahan B atas adunan A. Ulang A dan B berselang-seli hingga habis.
5.Sejukkan dan terbalikkan ke dalam pinggan hidangan.
6.Potong dan hidang.

Resepi ni diambil dari blog hasue..tq untuk resepi ni...

catatan:
1. jangan letak banyak sangat koko..nanti pahit.
2. nak sedap lagi , sila letak dalam peti ais.


Sunday, January 17, 2010

sosej roll


Sosej Roll...resepi ambil dari rabiatun...tq tun, senang, mudah dan cepat...selalu buat dan sudah menjadi kegemaran iskandar dan kami sekeluarga. selalunya buat untuk breakfast.
Bahan:
6 batang sosej
6 keping roti sandwich
1 biji telur
1 tbsp tepung gandum + sedikit air - dibancuh
1 1/2 cawan nestum (boleh juga guna cornflakes yang diramas skit)

Cara:
1). Celur sekejap sosej dan toskan.
2). Gelek roti menggunakan rolling pin sehingga nipis. Jika menggunakan roti yang agak kering, elok roti itu dikukus sekejap.
3). Ambil sosej dan letakkan atas roti, gulung kemas. Sapukan sedikit bancuhan tepung dihujungnya. Ulangi proses ini hingga habis.
4). Pecahkan telur, kacau dan tambah secubit garam (jika sosej itu sudah masin, tak perlu tambah garam)
5). Celupkan roti yang telah siap digulung ke dalam bancuhan telur. Pastikan seluruh roti diselaputi oleh telur.
6). Kemudian masukkan pula roti itu ke dalam nestum. Biar semuanya diselaputi dengan nestum. (Jika suka tebal, boleh diulangi dengan mencelup ke dalam telur, then ke dalam nestum lagi sekali). Ulang hingga habis.
7). Bolehlah digoreng dengan api yang sederhana. (Jika terlalu panas, roti tidak rangup dan nestum diluarnya akan hangus dan pahit).
Cara ini akan menghasilkan sosej roll yang rangup dan wangi. Sedap dimakan dengan mayonis dan sos cili.
catatan:
1. sesuai untuk orang bujang dan juga semua orang sebab senang dan cepat.
2. selalu kuguna gardenia juga..
3. jangan rebus sosej tu lama2 sangat...sebab tu tos aje..
4. goreng pun kena sekejap juga..
5. resepi ini mesti dicuba....

Saturday, January 16, 2010

naik bot kayuh


minggu lepas alang2 ke lenggong, kami singgah di tasik raban. Tiba-tiba hubi beria2 ajak kami anak beranak naik bot kayuh nih. Mulanya ku menolak, tapi ahkirnya kuikut jua diorang. bukan ape takut banyak sebab tengok ayonya hitam...., mungkin sebab dalam sangat...

iskandar happy dapat kayuh bot ni..





sebelum kami berkayuh...kayuh sekejap je pastu , dah penat...masa 1/2 jam dengan bayaran rm5 per bot sahaja..masa tu rasa 1/2 jam lamanyaa...

Thursday, January 14, 2010

kek mentega kukus


kek ni buat hari ahad lepas. Rasa cam nak makan kek je. tu pasal susah nak kurus...teringin nak buat kek evergreen dari blog ....alamak lupa la lak blog sape....sori yee..tapi tak cukup bahan la pula..mentega tak cukup,horlick pun tak de...maka jadi la kek seperti kat atas ni atas resepi sendiri dengan sedikit pengubahsuaian...disebabkan tengok kek evergreen tu sangat cantik dengan warna hijau yang menawan dan lapis yang berbeza...dengan kaedah kukus...maka kek kat atas ni pun kukukus la juga. tapi resepinya guna kod 4112..ehehee

iaitu bahan2nya:

4 biji telur
1 cawan mentega/marjerin
1 cawan gula
2 cawan tepung gandum

1/2 sk soda bikarbonat
5 sb susu pekat manis
1 sk esen vanila

cara:
1. cara sama seperti buat kek2 lain..mula2 putarkan mentega dan gula hingga putih.
2. masukkan telur satu persatu. putar lagi hingga kembang.
3. masukkan tepung gandum yang telah diayak bersama soda bikarbonat.
4. jangan lupa esen vanila, susu pekat manis.
5. bila semua dah sebati, bahagikan adunan kepada 2 bahagian. satu adunan biarkan warna asal. satu adunan lagi letaklah warna yang disukai juga. kalau rasa nak warna hijau letak hijau la..kalau nak warna coklat letak warna coklat la...pendek kata ikut suka la..kali ni ku pilih warna hijau dengan kuning...cam bola sepak kedah la plak...ehehhe..
6.pastu tuangkan sedikit adunan hijau dulu ke dalam acuan yang disukai.
7. kukus dalam 10-15 minit.
8.tuangkan pula semua adunan kuning ke dalam acuan...kukus dalam 10-15 minit juga.
9. akhir sekali tuangkan baki warna hijau tadi , pastu kukus la selama 1 jam...

kek ni sengaja kubuatlapisannya tidak sama ....variasi la skit...

Wednesday, January 6, 2010

khasiat madu lebah


hari ni ada la plak orang dari cameron datang jual madu lebah. Ada 3 jenis madu lebah yang dijual...madu lebah yang dibela, madu lebah liar (asli) dan madu lebah kelulut...(gambaa kat atas ni). masa orang tu nak suruh aku beli..macam2 khasiat lebah dia cerita.
kalau nak pastikan madu tu asli, hari panas pun boleh meletup dari botol.., penah jadi pon kat aku. masa tu letak je atas meja., tiba2 bunyi letupan kecil..ehehh..abis madu tu meleleh keluar. tapi madu lebah asli ni tak leh letak dalam peti ais, hilang khasiatnya cerita pakcik tu lagi, ...aku pun catat la lagi...jadi ini la antara yang aku sempat catat dari pakcik tersebut....sebab pakcik tu cite laju sangat..agaknya hari ni ppun dah beribu kali dia cakap benda sama..dah hafal sakan...ehehhe..

ini la antara khasiat dan cara amalannya, menurut pakcik tu.;
asma
5 sb ais krim soda
1 sb madu lebah
-makan pagi dan malam
batuk
limau nipis
asam jawa
garam
1 sb madu lebah
-makan pagi dan malam



Minda
-kismis dan madu

yang lain...aku tak fokus sangat, sebab aku target untuk batuk dan asma je....ada gak pakcik tu cite pasal nak kurangkan sakit pinggang, sakit jantung dan kencing manis, tapi aku tak catat ...