Sunday, October 25, 2009

kek mentega zebra


kek ni dibuat disebabkan nak tebus balik rasa syok sendiri semalam...ehehh...sebab kek yang dibuat semalam tidak mendapat sambutan hangat dari anak2...maka hari ni aku buat la kek mentega zebra yang sampoi je...aku guna resepi kod 4112...eheheh..resepi asas kek mentega.resepi ni asalnya kawan aku punya, then aku 'zebra'kan dia..ehhe....

bahan2:

4 biji telur
1 cawan gula
1 cawan marjerin/mentega
2 cawan tepung gandum

1 st esen vanila
1 st baking powder
1 st soda bikarbonat
1 st serbuk koko


cara2:
1. panaskan oven pada suhu 180 darjah .
2. putarkan mentega dan gula sehingga putih dan kembang.
3. masukkan telur satu persatu.
4. masukkan esen vanila, then tepung gandum beserta baking powder dan soda bikarbnat.
5. biarkan adunan sebati.
6. bahagikan adunann kepada 2 bahagian. ..satu biarkan warna asal, satu lagi campurkan dengan satu sudu kecil serbuk koko..kalau nak power lagi letak sikit lagi emulco koko..
7. pasti tu letakkan satu adunan asal kat tengah2 loyang, then ambil adunan koko pula, letakkan di tengah2 loyang juga di atas lapisan pertama tadi...selang selikan warna adunan itu sehingga habis...
8. bakar la sehingga 40 minit atau sehingga tak lekat kat lidi yang dicucuk...

yang ni baru dapat sambutan hangat dari anak2..anak2 aku memang tak suka kalu dalam kek ada jem ke, kismis ke, buah prune ke, haw flakes ke...yang aku ni dah lama betoi dah nak buat kek lapis haw flakes ni....bleh buat..tapi tu la syok sendiri...ehehhh..tapi kalu semangat dah berkobar2 tu datang, akku buat gakk,..syok sendiri pun tak pe la..yang penting mesti cuba...



dalam banyak2 buat kek, sebenarnya yang paling best buat kek lapis la....sebab:
1.colornya yang warna warni...
2. bukti kesabaran
3. bukti kegigihan
4. bukti kerajinan...ehehehhehh...

bila jadi puas hati, kalu tak jadi makan hati...ehehheh

kek hari jadi


ni yang aku boring ngan kamera murah nih...blur je gamba ni...

sebenarnya bukannya kek hari jadi yang special pun...cuma kek ni dibuat pada hari lahir sendiri atas ddasar syok sendiri je....sebabnya dah lama dah dok intai resepi ni ...masa mula2 dengar pasal kek lapis bumi ni masa diorang buat promosi tempahan untuk kuih raya hari tu....tapi aku ni ek sikit je...sebab aku rasa aku boleh buat kek lapis gitu...eheheh..then terjumpa resepinya di dapur hasue....copy la resepinya...pastu perap lebih kurang sebulan...then jumpa lak resepi sama di dapur ima yang juga dari hasue...sama la tu...maka semangat pun aku berkobar2 la nak cuba resepi ni...semua bahan dah ade ...tunggu on je...pastu aku buat hari ni...maka jadi la dia kek lapis bumi hari jadi...ehehh..tapi rasanya sedikit bittersweet...mungkin sebab semangat aku yang terlalu membara masa aku masukkan nescafe tu...maklum la dah lama tak bau nescafe ni..walaupun aku ikut sukatannya 6 sudu besar, tapi aku bubuh 6 sudu besar penuh...tahap maxima...tu pasal pahit sikit..aku memang la suka rasa pahit nescafe tu tapi anak2 tak berapa excited sangat...tu la syok sendiri.....

moral of making layer cake...

1. nak buat kek lapis ni memang kena banyak sabar...sekarang baru aku tau...sebenarnya kek lapis ni boleh menunjukkan kesabaran individu yang membuatnya...semakin banyak lapisannya, semakin tinggi tahap kesabaran insan itu...ehehh..hipotesis ni....
2. kek lapis ni hanya dihasilkan oleh insan2 yang rajin je....ehehehh...

walaupun aku penah buat kek lapis biskut marie kukus dan kek lapis prune( lama dulu sebelom zaman snap gamba lepas masak ni...eheh), tapi tak sehebat kek lapisan bumi ni...ehehh...


conclusion:
jadi sesiapa yang penah dan selalu buat kek lapis ni, maka dia adalah insan yang tinggi kesabarannya dan seorang yang rajin....tahniah...
****saje nak perasan gak nih...ehehh..

resepi ni dari hasue..
Bahan2 (8" x 8")
• 450g Mentega (sy guna golden churn)
• 1 Gelas / 180g gula halus-boleh kurangkan ke 3/4 gelas kalo x suka manis
• 2 / 220g Gelas tepung gandum
• 10 Biji telur
• 1 Tin sederhana seri kaya-boleh guna tin kecil kalo nak kurang manis,tp gula jgn kurgkan
• 1 Tin kecil susu pekat manis-dalam 10sudu makan
• 3/4 Cawan serbuk nescafe(campurkan dengan 1 sudu air panas untuk mencairkannya)-tambah browning sugar untuk pewarna tambahan[optional]
• 1 Sudu makan esen vanilla
• Sedikit Pewarna Hijau dan Kuning ( yang hijau aku tukar color merah)
Cara-cara
1. Pukul mentega dan gula halus sehingga kembang(putih).
2. Masukkan telur satu-persatu..(sambil adunan masih dipukul dgn kelajuan sederhana)
3. Masukkan esen vanila,seri kaya dan susu pekat manis dan diadun sekata..
4. Setelah itu,masukkan pulak tepung gandum.. (pastikan tepung dah diaayak)
5. Bila adunan dah sebati,bahagikanlah kpd 3 bahagian.. (i)warnakan hijau (ii)warnakan kuning (iii)masukkan nescafe(letak browning sugar untuk warna lebih gelap)
6. Ambil 1 cawan adunan hijau,kukus di dalam loyang yg sudah dioles mentega atau dilapik kertas minyak.
7. Lepas tu ambil pulak 1 cawan gak adunan nescafe,kukus lagi. Diikuti adunan kuning. Ulang lagi warna hijau,nescafe dan kuning sampai habis..
8. Masak selama 1jam-1stgh jam selepas lapisan terahir dikukus.

Saturday, October 24, 2009

lawatan ke jitra


minggu lepas pergi ke jitra ...saje jalan2...temankan hb je ..dia pi lawan catur, kami anak beranak lepak la kat umah aina...sampai pun dah petang dah...tido satu malam je...esoknya tengahari dah balik...tapi sempat gak belek2 tudung aina yang dia beli kat jakarta tempohari...ehehh dapat la 2 helai....kiranya hadiah hari jadi la ye...


anak2 tunjuk kuat...bole angkat buaya...balqis pun pandai mencelah...


iskandar dan afnan ...lebih kurang sama tinggi dah...nasib baik duduk...tak la nampak...

Thursday, October 22, 2009

muffin coklat



muffin ni best..hari tu rasa mcam nak buat muffin, setelah serve intenet ni jumpa la resepi ni...nampak cam best je muffin ni...jadi saya pun cuba la..tapi lupa la pula sapa punya tuannya....ehehh...sori ye...saya C&P je....

Bahan2:
200 gram coklat masakan
70 gram butter
2 biji telur
50g gula halus
60g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder


Cara2:

Cairkan coklat masakan secara 'double boiler'. Setelah cair, masukkan mentega. Setelah mentega cair, kacau sebati dan ketepikan. Dalam pada tu, bolehlah start panaskan oven anda dlm suhu 170 darjah celcius.
Dalam mangkuk yg lain, masukkan telur & gula. Kacau sehingga sebati. Tak payah pukul sampai kembang pun. Kemudian, masukkan coklat td kedlm mangkuk telur. Gaul rata kemudian masukkan tepung yg sudah diayak sedikit demi sedikit. Lepas tu, masukkan adunan sehingga 3/4 bekas muffin tu. bakar dlm 20 minit atau sehingga dicucuk tidak melekat dilidi...




selepas di operate..

Tuesday, October 20, 2009

kek pelangi



dah lama tak dapat online nih...weekend lepas sempat buat kek pelangi untuk iskandar. Resepi ni diambil dari buku hidangan kek oleh nor aini zakaria...m/s 26..ehehh..rasanya enak juga. kiranya ini cubaan pertama resepi ni.

bahan2:
250 g mentega
220 g tepung kek
1 st serbuk penaik
200 gula kastor
4 biji telur
5 sb air susu
1 st esen vanila
sedikit pewarna merah, hijau dan kuning

cara:
1. panaskan ketuhat pada suhu 180 darjah celsius.
2. pukul mentega dan gula kastor dengan kelajuan sederhana sehingga kembang dan putih.
3. perlahankan kelajuan dan masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul sehingga sebati.
4. masukkan tepung kek dan serbuk penaik sambil dikacau , diikuti air susu dan esen vanila. gaul sehingga rata.
5. bahagikan adunan pada tiga bahagian. WARNAKAN MERAH, HIJAU DAN KUNING.
6. Ambil satu senduk adunan kuning dan tompokkan di bahagian tengah acuan. Kemudian ambil satu senduk adunan merah dan tompokkan di atasnya.Akhir sekali warna hijau ditompokkan di atas warna merah. Ulangi proses ini sehingga adunan habis.
7. Goyangkan acuan supaya adunan rata. Bakar selama 1 jam.

catatan:

1.suhu ketuhar mesti disetkan pada suhu 180 darjah celcius. ..jadi telalu panas, nanti kek hangus dulu bahagian tepi tapi bahagian tengah belum pun masak lagi.
2. mentega saya gantikan dengan planta.
3. tepung kek saya gantikan dengan tepung naik sendiri.
4. air susu - tidak jelas...susu segar/ susu cair/ susu pekat manis....jadi saya guna 3 sudu besar susu pekat manis + air = 5- 7 sudu air susu...
5. kek ini warna warni macam pelangi tapi lapisannya tidak begitu cantik...jadi mesti cuba lagi...hikkhikk...

Tuesday, October 6, 2009

cucur ikan bilis



mudah dan cepat juga...tema,...bentuk dinosour...eehehehh......

bahan2:
2 cawan tepung gandum
2-3 keping roti
segenggam ikan bilis
1 biji ubi kentang
1 labu bawang besar
sedikit garam

cara: masukkan semua bahan ke dalam blender. kemudian blende..lah....ini tujuannya untuk mengelak anak2 dari mengorek keluar ubi kentang atau bawang besar jika ia dipotong dadu..kalau takde masalah tu, boleh la potong dadu.....ikut suka laa ye...pastu goreng la dengan api sederhana...siap untuk dimakan...boleh dimakan dengan sos chili thai....

pertandingan mewarna



kali ni zulaikha masuk pertandingan mewarna....


dah letih dah...penat dok tekan pensil warna...

tapi akhirnya dapat juga..

puding roti caramel



puding roti caramel ni buat sempena jamuan raya kat tempat keje..walaupun dah pernah buat berkali2 dah sebelum ni, tapi kali ni cuba pula resepi dari hanieliza...memang sedap dan menjadi tumpuan..ehehheh...menarik perhatian!...ehehhe..tq ye sudi share resepi yang sedap ni..

aku sendiri pun berkali2 tengok gamba puding yang dibuat oleh hanieliza tu...nampak sedap sungguh!...gamba pudingku tak setanding la gamba puding tuan empunya resepi....ehehhe..tapi janji sedap juga...ini adalah resepinya:

Bahan A:
1/2 cawan gula ..dicairkan dalam loyang yg nak dikukuskan nanti

Bahan B
1 buku roti [10 keping]
1 tin susu cair
1 tin air buah dari fruit cocktal/peach
2 biji telur
1/2 cawan gula
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar tepung kastad

Hiasan
1 tin buah koktel/peach

Cara:
1. Panaskan kukusan.
2. Gaul rata semua bahan B kecuali fruits cocktal dan tapis.
3. Masukkan bancuhan kedalam loyang yg ada gula yg telah dicairkan.
4. Tutupkan loyang dengan plastik glaze nipis.
5. Kukuskan selama 30 minit.
6. Sejukkan dahulu baru di terbalikkan dalam pinggan besar.
7. Susunkan dengan perlahan-lahan isi buah fruit cocktail ta buah peach
8. Sejukkan...sedia untuk dihidangkan

Monday, October 5, 2009

cucur lemak manis



mudah dan cepat...
bahan2:
2 cawan tepung gandum
2-3 keping roti
3 sb susu tepung/susu cair
3 sb susu pekat manis
3 sb gula

cara: campurkan semua bahan...goreng je..kkali ni temanya berkonsepkan dinosour...tak kuasa nak buat bulat2 cam bola tuh...

nasi minyak


Hari ni cuba buat nasi minyak pula. Teringin plak nak makan nasi minyak buatan sendiri ni. Dah lama dah nak buat, tapi tak terbuat2…eheh..first time ni…kira jadi juga. Aku memang apa2 pun kalau first time buat mesti selalu jadi, yang tak jadinya second time. Third time jadi balik...macam nak suruh buat sekali je seumur hidup. Nasi minyak ni aku gandingkan dengan kari ayam je…jelatah ke, sayur dalca ke tak sempat nak buat…sebab sebelum tu aku dah pulun masakkan sup ketam untuk hubi yang deman…

Resepi nasi ayam ni aku dah buat servey kat tenet nih…last2 aku pilih yang suzi punya sebab itulah yang paling senang dan aku dah biasa dengar resepi cam ni..rasa2nya berjaya la kot….supaya aku bleh buat lagi lain kali ., so, C&P kat sini la ye…

Bahan Utama:- (sukatan utk 5 orang)
3 cawan beras - basuh dan toskan.
3 cawan air

Campuran Minyak:-
Suzi ada banyak cara, tapi saya paling suka cara D:

Cara D:
1/2 cawan minyak masak biasa
3 sudu besar minyak sapi

tapi next time nak try ¼ cwn minyak sapi je..tak nak campur minyak lain.

Bahan Tambahan:-
1 labu bawang besar (dihiris/dimayang)
3 ulas bawang putih (dihiris)
4 cm halia (tumbuk/hiris)
Daun pandan
sedikit kulit kayu manis
buah pelaga
bunga cengkih
bunga lawang
3 sudu kecil garam
3 sudu kecil gula
1 cawan susu cair

Cara Memasak:-
Panaskan kuali, tumis semua bahan dengan minyak pilihan hingga garing. Tuangkan tumisan ke dalam periuk elektrik yang telah diisi sukatan air. Masukkan gula dan garam dan biarkan mendidih. Masukkan susu dan rasa airnya. (Jangan dibiarkan air mendidih lama sangat). Kemudian masukkan beras yang ditoskan tadi. Kacau rata dan tutup periuk. Biarkan nasi tanak seperti biasa. Bila nasi sudah mengering, taburlah kismis/kacang gajus goreng. Boleh juga ditaburkan daun sup/daun ketumbar.


Kari ayam mudah






Kari ayam ni cuba guna resepi dari tulip@myr....tapi ada ubah sikit ikut acuan aku..ehehhehh..mengikut apa yang kat dapurku tuh. Inilah resepi nya :
Bahan-bahan ( 8 org )

• * Bahan dikisar halus *

• 20 tangkai lada kering –ganti lada giling je
• 4 biji lada besar merah – tak letakpun demi anak2
• 7 ulas bawang merah –aku letak sikit je, malas nak kupas..
• 4 ulas bawang putih – sama je di atas…sikit je
• 3 cm halia
• 3 cm kunyit hidup @ 2 sk serbuk kunyit –tak letak juga
****aku tak kisar pun….ehehhe…kes nak cepat
• * Bahan disangai dan dikisar sekali*
• 1 1/2 sb ketumbar
• 1 sb jintan halus
• 3 biji buah keras – tak letak juga
****aku tak kisar juga, tumbuk dengan ala kadar je….ehehhe…kes nak cepat

• * Bahan yang lain *
• 1 ekor ayam potong 12
• 1 labu bwg besar dimayang
• 2 sb rempah kari daging dibancuh sedikit air
• rempah tumis 4 beradik
• 1 sk halba - tak letak juga
• 1 sk biji sawi – tak letak pun
• 1 cwn santan pekat & 2 1/2 cwn santan cair
• 2 keping asam gelugor
• 3 tangkai daun kari – tak letak juga
• 2 biji ubi kentang
• 1/4 cawan minyak utk menumis
• garam,gula & serbuk perasa

***walaupun banyak tak letak, tapi rasa sedap juga…kalau letak semua bahan mesti lagi sedap nih..
Cara-cara
1. Panaskan minyak, tumis bawang besar hingga kekuningan & pastikan jgn sampai hangit
2. Masukkan rempah tumis 4 beradik, biji halba, biji sawi, daun kari, rempah yg dikisar serta rempah kari daging. Tumis hingga wangi.
3. Masukkan ayam & ubi kentang. Gaulkan ayam & kentang hingga bergaul rata dgn rempah tumisan biarkan lebih kurang 10minit denagn api sederhana.
4. Masukkan garam,gula,serbuk perasa,asam gelugor serta santan cair. Tutup periuk dan didihkan hingga ayam lembut.
5. Apabila ayam sudah lembut,masukkan santan pekat. Kacau perlahan dan kecilkan api.
6. Dengan api kecil, masak lagi selama 10 minit. Siap.