Wednesday, October 27, 2010

makan tengahari di tasik raban

walaupun selalu singgah makan kat sini bila OTW balik kampung, bukannya selalu ingat nak ambil gambar pun.
tempat yang kami singgah makan tengahari kali ni memang terkenal dengan ikan bakarnya- (walaupun bagai nak 'rak' saya nak makan ikan bakar ni, tapi terpaksa ku tahan atas sebab2 tertentu....eheheh...ade orang tak suka makan ikan....)
kedai makan ni terletak dekat dengan tasik raban dan pernah masuk majalah 3 ,lebih kurang 2 minggu lepas...ikan bakar dia memang sedap terutama sosnya...kalau nak makan, makan ramai2 baru best dan barbaloi....
ini antara ikan2 yang siap dibakar dan kita boleh pilih mana2 yang kita suka...


pilihan lauk lain juga banyak... ini antara ulam2 yang ada..gambar ni blur sikit sebab clik sambil jalan je...ehehh..
memang pening nak pilih....semua nak...nampak sedap dan menyelerakan..harga pun barbaloi...


tapi akhirnya , saya pilih lauk biasa saja...ikan goreng biasa, ikan pekasam, kerabu kacang botol, sambal tempoyak dan air sirap saya. ..harga hanya RM 5.50...tapi memang sedap.


hmmm..lepas makan , boleh tengok2 ikan kat dalam kolam ...ikan ni bukan untuk dimasak....kalau datang dengan anak2 mesti diorang suka nak menengek kat sini...depan sikit dari kolam ni diorang buat ala2 air terjun gitu....panorama yang indah....
tempat ni untuk lunch je...kalau nak dinner kena pi tempat lain....


Tuesday, October 26, 2010

lepak2 di waterfront lumut

ni cerita lama, gambar lama....pergi ke waterfront lumut ..kalau tak silap lepas raya hari tu...saje pergi lepak2....sentiasa kami lepak2 sini bila balik kampung.

tengok kapal2 dan feri2 yang berlabuh...

balqis yang mungkn sudah ubah tema untuk dirinya....'balqis kini 2'....eheheh


sambung lepak2 lagi di muara sungai , tempat orang memancing...


di kawasan waterfront ni, ada 2 taman permainan kanak2...kalau datang sini, tempat ni mesti tak miss...iskandar exercise tangan...


masih di kawasan memancing di tepi jalan...di lumut. kapal yang berlabuh kat belakang tu dah cantik, tapi banyak sampah2 kat tepi tu ...malas nak cakap, buat rosak gambar je.


gian sangat nak main air laut...semua pakat turun. tapi kat jeti ni mana boleh mandi, kalau nak mandi kena gi teluk batik la....lagi best.

balqis nampaknya akan menang ni....


usaha pula naik menara kat sini...


ada orang dah penat dah, ...tapi anak2 masih lagi cergas dan aktif....
walaupun beratus kali datang ke jeti ni, tak pernah naik feri berlepas ke pulau pangkor...ehehehe...belum terbuka hati lagi nak pi sana....ehehehhe....

layan aje la...masa ni air laut surut sikit, tu pasal nampak pasir je tu...

Sunday, October 24, 2010

birthday birthday birthday

hari ini, terima kasih untuk hubi tersayang sempena hadiah kek harijadi untuk diriku ini....ehehe..walaupun kek ni dah sedikit tersengit akibat nak elak anak lembu semasa bawa kereta dalam perjalanan balik tadi. Namun, kek ini penuh makna....tq.

berdasarkan gambar kek ini, sebenarnya telah dipecahkan kepada tiga flavor....tapi semuanya bertemakan coklat., itu pasal rupanya yang semacam tu.

bak kata orang ..dont judge the book by its cover...but this time, dont judge the cake by its presentation..the most important thing is the flavor ...ehehheh


ini pula kek hari jadi untuk nana yang ke 4 tahun. Hari jadi nana bulan puasa lepas lagi. Disebabkan kamera tertinggal kat kampung , sekarang baru nak masuk n3.


oleh kerana bulan puasa, kami bercadang memotong kek nana ni disebelah malamnya, jadi saya simpan la dulu di peti ais. Disebabkan dia tau kek ni untuknya, asyik suruh potong je...saya kata kena tunggu malam , makan sama2...dia akur..tapi ada la dekat berpuluh2 kali berulang alik buka peti ais menjenguk keknya tu....

dan berpuluh2 kali juga minta saya potongkan....dan akhirnya dia rasa sikit dengan jarinya.....ehehe...letih nak jawab soalan dia .....'mama,bila boleh potong kek?'


akhirnya, dapat juga ngap kek harijadinya.......




28 september , hari jadi zulaikha....masa ni saya pergi ke kl., jadi ayah mereka yang uruskan semua parti untuk kanak2 ni...ala kadar je..yang penting ada kek.



Sunday, October 17, 2010

lawatan ke jitra lagi

ini la wan nur alya atiqah wan ramlee..hampir 4 bulan. bulan lepas datang lupa ambil gambar. Kali ni datang pun lupa bawa kamera, ambil dengan handphone je..tapi comel juga...ehehe.
kali ni datang tak rancang pun, cuma singgah je sebab hubi kena bawa student pergi main catur kat UUM.., kami pun tumpang sekaki. Petang2, lepak kat depan rumah cikna yang mengadap sawah.

balqis lepak kat kerusi taman ayah su. trade mark balqis ...tetap satu...


balqis dan nana..masa ni affnan sibuk layan kawan sekelas yang baru dijumpainya yang rupa2nya tinggal satu taman dengannya...