Thursday, January 14, 2010

kek mentega kukus


kek ni buat hari ahad lepas. Rasa cam nak makan kek je. tu pasal susah nak kurus...teringin nak buat kek evergreen dari blog ....alamak lupa la lak blog sape....sori yee..tapi tak cukup bahan la pula..mentega tak cukup,horlick pun tak de...maka jadi la kek seperti kat atas ni atas resepi sendiri dengan sedikit pengubahsuaian...disebabkan tengok kek evergreen tu sangat cantik dengan warna hijau yang menawan dan lapis yang berbeza...dengan kaedah kukus...maka kek kat atas ni pun kukukus la juga. tapi resepinya guna kod 4112..ehehee

iaitu bahan2nya:

4 biji telur
1 cawan mentega/marjerin
1 cawan gula
2 cawan tepung gandum

1/2 sk soda bikarbonat
5 sb susu pekat manis
1 sk esen vanila

cara:
1. cara sama seperti buat kek2 lain..mula2 putarkan mentega dan gula hingga putih.
2. masukkan telur satu persatu. putar lagi hingga kembang.
3. masukkan tepung gandum yang telah diayak bersama soda bikarbonat.
4. jangan lupa esen vanila, susu pekat manis.
5. bila semua dah sebati, bahagikan adunan kepada 2 bahagian. satu adunan biarkan warna asal. satu adunan lagi letaklah warna yang disukai juga. kalau rasa nak warna hijau letak hijau la..kalau nak warna coklat letak warna coklat la...pendek kata ikut suka la..kali ni ku pilih warna hijau dengan kuning...cam bola sepak kedah la plak...ehehhe..
6.pastu tuangkan sedikit adunan hijau dulu ke dalam acuan yang disukai.
7. kukus dalam 10-15 minit.
8.tuangkan pula semua adunan kuning ke dalam acuan...kukus dalam 10-15 minit juga.
9. akhir sekali tuangkan baki warna hijau tadi , pastu kukus la selama 1 jam...

kek ni sengaja kubuatlapisannya tidak sama ....variasi la skit...

6 comments:

  1. Resepi yg mudah nak try lah...
    otw buat kek hehehe
    thanks for sharing! :D

    ReplyDelete
  2. knp kna ltak susu pkat manis ye?

    ReplyDelete
  3. Owh boleh je letak warna yg kita suka kn..baru la cantik,npk kreatif je.:-)

    ReplyDelete
  4. Owh boleh je letak warna yg kita suka kn..baru la cantik,npk kreatif je.:-)

    ReplyDelete
  5. senangnye nak buat.. bahan2 pn simple je.thanks for sharing sis

    ReplyDelete