Wednesday, February 17, 2010

pengat pisang


dah lama bebeno dah nak makan pengat pisang ni..dari tahun lepas lagi..tapi bukan main susahnya nak jumpa pisang yang sesuai dengan jiwa ragaku...dalam banyak2 pisang ,pisang peberetku cuma pisang berangan je...akhirnya masa balik dari lenggong semalam kuberjaya minta hubiku berhenti di tepi jalan untuk beli pisang impianku...nasib baik ada. masa beli tu, pisang tu hijau lagi. tapi pisang ni cepat masak...pagi ni, dah masak pun...cepat2 aku cari daun pandan dan gula melaka nak buat pengat.

bahan2 biasa yang diguna untuk membuat pengat...
1. pisang ikut suka nak berapa biji..ku guna 5 biji je
2. santan rm 1
3. gula melaka 2 keret
4. gula pasir...1 senduk kecil
5. sikit garam
6. daun pandan 2 helai

cara- cara:
1. potong pisang...serong2
2. masukkan dalam periuk bersama2 semua bahan2 tadi..biar sampai masak...sedia untuk dimakan....senang aje...

disebabkan terlalu happy sangat dapat makan pengatku yang sedap ni...sampai terlupa sebenarnya keinginan ku selama ini ingin makan pengat pisang dengan pulut....sampai la semua pengat pisang tu habis, baru la kuteringat akan pulutnyaaa...iskhhh...frustnyaaa.....
bila la bleh buat pengat pisang lagi niii....tahun depan ke.....iskhhh...

Tuesday, February 16, 2010

makan tengahari di rumah kawan lama


antara masakan yang dihidangkan pada kami sekeluarga oleh kawan lamaku, nor azilah...

dalam tempoh 12 tahun, kami hanya berjumpa 2 kali je sebelum ni.. dan semalam kali ke 3..itupun dah lama, tahun 2006 dia pi umahku dan 2007 aku pula berkunjung ke rumahnya...masing-masing dah 3 dan 4 orang anak..eheheh..anak-anaknya semua perempuan..tapi tiap kali ajak aku pi rumah dia mesti nak ajak aku makan tengahari..aku setuju je...dengan menu ikan bakar yang special dan macam-macam lauk ikan sungai yang lain...maklum la ikan senang nak kaup belakang umah je ...dekat ngan tasik raban...(walaupun sebenarnya dia pi beli ...ehehhe)...bersusah payah dia masak kat aku , maka aku pun bawa la kek kegemarannya,kek coklat...

tapi yang buat aku tersenyum bila hubi cuba untuk makan buah (kghedas ...ehehh..aku lupa apa nama kebangsaan dia) dan petai..pastu bila berada dalam kereta masa nak balik, kami yang terseksa pabila hubi bersuara...ehehhe... sabar je laa...

tq kak ila...

Sunday, February 14, 2010

puding caramel



puding caramel ni memang kegemaranku dan kini jadi kegemaran zulaikha juga....sedappppnyyaaaa...makan sejuk2 lagi sedap...dah lama dah nak buat ni sebab dah lama tak makann puding caramel ni..tengok dalam peti ais ada lagi susu cair lebihan hari tu., baik kuguna segera sebelum ia rosak...paling mudah buat puding ni laa...sempoi dan santai. tapi kali ni kucuba buat gunakan bekas kecil, biasa guna loyang jee..comel2 gak...dapat la dam 10 bekas..resepi asal dessert ni kuambil dari kawan lama..then ku ubah suai ikut keadaan tekakku dan bahan yang sedia ada kat umah...ehehe..

bahan2:

1 tin susu cair
3 biji telur
3/4 cawan gula
1/2 cawan air
1 st esen vanila

gula hangus- 3 sudu besar gula + 1 sb air hujung sudu je..( boleh dubah suai ikut suka)

cara2:

mula2 sediakan dulu gula hangus....
1.letak je gula dalam kuali, kacau sampai perang kekuningan... jangan sampai coklat kehitaman, nanti rasa pahit pula...tak sedap la puding kalau rasa pahit2 hangit...eheheh
2. dah cair tu masukkan dalam bekas /loyang cepat2...

ni puding lak..

1. pukul telur..sampai kembang
2. masuk gula, susu cair dan air .
3. kacau sehingga gula larut
4. jangan lupa esen vanila
5. tuangkan ke dalam bekas/ loyang yanng telah diisi dengan gula hangus tadi..
6. kukus la ...15-20 minit..siap..
7. letak dalam peti ais sebab lebih sedap dingap bila ia sejuk...


catatan:
1.kalau nak rasa lebih telur boleh la guna banyak telur...6-8 biji..ikut suka la..tak de sape nak marah..
2.kalau tak nak manis sangat atau suka manis, adjust kuantiti gula je..manis2 ni tak baik untuk kesihatan terutama yang ada kencing manis...
3. hati2 semasa masak gula hangus, sebab ia lambat cair tapi cepat keras...bila ia keras jangan panik sebab bila kukus, ia cair semula...dan maintain cair pas tu...

setengah orang suka puding ni yang licin takde lubang2 tapi aku suka yang ade lubang2..bagiku puding ni menjadi, kalau ada lubang2..kalau takde lubang rasanya lebih kurang adik beradik taufu fa je...eheh..terpulang la..cuma kalau nak lubang masa pukul telur tu...pukul dengan bersungguh2 la...penuh perasaan...kalau nak licin je, kacau2 cam nak tak nak je...ehehhe...
dessert ni juga sedap dan mudah...


Thursday, February 11, 2010

muffin coklat lagi


ni kali ke dua buat muffin coklat yang mudah, senang dan cepat...ikut resepi yang sama sebelum ni.....buat ni untuk sarapan pagi esok untuk is dan adik2...kali pertama buat dulu, dapat dalam 10 biji..tapi tadi dapat dalam 15 biji sebab guna acuan yang lebih kecil sedikit...masa bakar pun lebih pendek...dalam 12-15 minit je sekali bakar.....tak yah guna mixer pun, gaul gitu je..tu pasal cepat je..hmmm..dah ngap dah 7 biji..tinggal lagi lapan...kalau buat jumlah 10 biji, tinggal 3 laa..tak sempat nak sarapan plak...nampaknya, lagi kecik lagi baguss...janji lebih banyak...ehehh rasanya sangat sedap, 'macam kat kedai' kata hubi tapi kurasa lebih sedap dari kedai...moist dan rasa coklat yang sebenar...muffin ni mesti dicubaa...resepi ni diambil dari mane yee.....ehehhe..lupa la plakk..sorii, ..