Sunday, February 14, 2010

puding caramel



puding caramel ni memang kegemaranku dan kini jadi kegemaran zulaikha juga....sedappppnyyaaaa...makan sejuk2 lagi sedap...dah lama dah nak buat ni sebab dah lama tak makann puding caramel ni..tengok dalam peti ais ada lagi susu cair lebihan hari tu., baik kuguna segera sebelum ia rosak...paling mudah buat puding ni laa...sempoi dan santai. tapi kali ni kucuba buat gunakan bekas kecil, biasa guna loyang jee..comel2 gak...dapat la dam 10 bekas..resepi asal dessert ni kuambil dari kawan lama..then ku ubah suai ikut keadaan tekakku dan bahan yang sedia ada kat umah...ehehe..

bahan2:

1 tin susu cair
3 biji telur
3/4 cawan gula
1/2 cawan air
1 st esen vanila

gula hangus- 3 sudu besar gula + 1 sb air hujung sudu je..( boleh dubah suai ikut suka)

cara2:

mula2 sediakan dulu gula hangus....
1.letak je gula dalam kuali, kacau sampai perang kekuningan... jangan sampai coklat kehitaman, nanti rasa pahit pula...tak sedap la puding kalau rasa pahit2 hangit...eheheh
2. dah cair tu masukkan dalam bekas /loyang cepat2...

ni puding lak..

1. pukul telur..sampai kembang
2. masuk gula, susu cair dan air .
3. kacau sehingga gula larut
4. jangan lupa esen vanila
5. tuangkan ke dalam bekas/ loyang yanng telah diisi dengan gula hangus tadi..
6. kukus la ...15-20 minit..siap..
7. letak dalam peti ais sebab lebih sedap dingap bila ia sejuk...


catatan:
1.kalau nak rasa lebih telur boleh la guna banyak telur...6-8 biji..ikut suka la..tak de sape nak marah..
2.kalau tak nak manis sangat atau suka manis, adjust kuantiti gula je..manis2 ni tak baik untuk kesihatan terutama yang ada kencing manis...
3. hati2 semasa masak gula hangus, sebab ia lambat cair tapi cepat keras...bila ia keras jangan panik sebab bila kukus, ia cair semula...dan maintain cair pas tu...

setengah orang suka puding ni yang licin takde lubang2 tapi aku suka yang ade lubang2..bagiku puding ni menjadi, kalau ada lubang2..kalau takde lubang rasanya lebih kurang adik beradik taufu fa je...eheh..terpulang la..cuma kalau nak lubang masa pukul telur tu...pukul dengan bersungguh2 la...penuh perasaan...kalau nak licin je, kacau2 cam nak tak nak je...ehehhe...
dessert ni juga sedap dan mudah...


No comments:

Post a Comment