Thursday, August 12, 2010

puding roti caramel 2

hari kedua di bulan ramadhan...begitu sibuk dengan tugas harian tapi hari ni teringat resepi yang simple ni dan rasa nak buat pula....sebabnya senang, mudah , cepat dan sedap.
dessert ni boleh dikategorikan sebagai puding roti juga seperti yang kebiasaan saya buat. cuma kali ni kurangkan roti ...dessert ni kalau tak bubuh roti langsung, kita panggil puding caramel je...tapi sebab dah bubuh roti tapi sikit, jadi puding caramel perisa roti....eheheh....tah apa2....

resepi kali ni:
bahan2
1 tin susu cair
1/2 cawan gula- boleh kurangkan kalau tak suka manis sangat
2 biji telur
1 st esen vanilla
4 keping roti
3 sudu gula untuk buat gula hangus

cara2:
1. masukkan semua dalam satu bekas- susu cair, gula, telur, esen vanilla, roti yang disiat2...( nak blend semua pun boleh jga).
2. sediakan gula hangus di dalam loyang...jangan sampai hangit, nanti pahit pula.
3. masukkan bahan dari dlam bekas tadi ke dalam loyang itu.
4.kukus la...biasa 20-40 minit..


zulaikha paling suka kalau dessert macam ni...selepas mamanya...ehehhe,..




No comments:

Post a Comment