Wednesday, June 9, 2010

donut lagi

walaupun berkali-kali sudah buat donut.,saya selalu guna resepi yang berbeza2. Oleh itu perlu ada catatan resepi mana yang paling best dan gebus dalam membuat donut ni. biasanya saya selalu gagal bila ada kaitan dengan yis ni...tapi setakat ni 2 kali cuba resepi ni kira ok la gebusnya...

sumber :skyblue

Bahan-bahan ( 18 biji - saiz besar )
3 1/2 sudu kecil yis segera (instant dry yeast) -saya guna 11 g yis
1/4 cawan air suam
1 1/2 cawan susu segar, pada suhu bilik- saya guna 1/2 cawan saje
1/2 cawan gula halus
1 sudu kecil garam
2 biji telur - saya guna 1 biji saje
1/3 cawan shortening/butter
5 cawan tepung gandum
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara
1.Masukkan air suam dan yis ke dalam mangkuk yang besar (mixing bowl), biar 5 minit atau sehingga berbuih.
2.Masukkan susu, gula, garam, telur, shortening/butter dan 2 cawan tepung.
3.Gaulkan sehingga sebati. Masukkan lagi tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. 4.Uli doh sehingga permukaan ia jadi licin dan tidak melekat pada tangan.
5.Tutup mangkuk dengan kain lembab atau plastic wrap dan biarkan pada suhu bilik sehingga naik dua kali ganda.
6.Taburkan sedikit tepung di atas papan canai, canaikan doh tadi kepada ketebalan 1/2 inci. 7.Potong 'donut' dengan donut cutter. Bagi yg takde dunut cutter (macam sy), bahagikan doh kepada 18 bahagian yg seimbang. Bulatkan doh, buat lobang ditengah-tengah degan jari.
8.Tutup donut dengan kain kering dan rehat selama 30 minit atau sehingga naik dua kali ganda.
9.Panaskan minyak. Goreng donut dengan api kecil atau sederhana sehingga perang keemasan. 10.Jangan guna api besar, nanti doh kat dalam tak masak.
11.Toskan minyak.
12.Salutlah donut itu dengan gula halus atau coklat atau peanut butter...ikut suka laa...





No comments:

Post a Comment