Monday, August 31, 2009

Kek cawan vanila



Baru buat tadi.
Kek cawan vanila ni baru buat kali ke 3 buat dalam masa 2 minggu sejak terjumpa resepinya kat my resepi.com. Terima kasih pada tuan punya resepi.Rasanya memang sedap...sedap gila..sebab tu la kali pertama buat, tak sempat ambil gambar...cepat sangat habisnya.Icing pun tak sempat nak letak. Masa bakarnya lebih kurang 10 minit je . masa tu bakar guna cawan kertas yang kat belakang tu..tapi saiznya lebih kecil dari dalam gambar di atas. kali ke 2 buat pun jadi juga...masih sedap tapi cawan kertas pulak tak cukup...so, buat paper cup sendiri...ehehe..janji rasa masih sedap...masa bakar juga masih dalam 10 minit..elok je masaknya, tak hangit pun.
kali ke 3 buat iaitu hari ini ,guna cawan kertas yang pelbagai....mula2 guna cawan kertas yang kat belakang dalam gambar di atas tu..tapi saiznya sedikit besar ,masa bakar masih dalam 10 minit..tapi keknya naik tak cantik sebab bekas dia besar tapi dulang acuannya kecil. Jadi tukar pada cawan kertas putih dan coklat dan pink...bila tukar tu , masa masak lari la pulak....agaknya kertas dia tebal sikit kot...10 minit tak masak...15 minit, 20 minit....25 minit baru nak masak....dah tu naiknya ngam2 je dengan permukaan cawan tu...ada yang bawah lagi..mungkin tak boleh nak agak masa bubuh adunan tadi...pas tu jumlahnya kurang dari 30 biji..yang buat sebelum ni dapat la dalam 30-35 biji..akhirnya dapat la juga letak icing nya ...jadi la macam dalam gambar kat atas tu. sebab tu la yang dalam cawan putih tu nampak macam tenggelam sikit..kalau tengok je gamba tu mungkin boleh ingatt ais krim...
jdi kegagalan kali ini bukan sebab resepi tapi sebab:
1. operasi ( masa bakar, walaupun tak hangit )
2. masih cuba nak mennyesuaikan diri dengan cawan kertas yang berlainan yang memberi kesan pada masa membakarnya.
3. memang tak ada bakat dalam dekorasi ni..keras tangan.
kalau nak tau resepinya ambil kat my resepi je la...

No comments:

Post a Comment