Sunday, May 30, 2010

kek span coklat

Resepi kek span coklat ini dari kelas kek yang pernah diikuti setahun lepas. Setakat ni baru 2 kali cuba resepi ni. Kali pertama masa belajar kat kelas tu. Hari ni kali ke 2 ...
Bahagian kek rasanya ok, tapi bahagian decorate masih lagi lemohhh....tu pun icing pegi beli kat kedai lagi...ehehhe...malas nak mesin...
Apa- apa pun, kek ni buat saje2 nak makan je....jadi, decoratenya tak penting sangat, yang penting icingnya tu berjaya memikat hati anak2 ku....

bahan-bahan:
4 biji telur
125 g gula kastor
100 g tepung naik sendiri
secubit garam
25 g serbuk koko
50 g air
65 g marjerin cair
12 g ovalette
1/2 sudu teh baking powder

cara:
1. putar kesemua bahan (melainkan marjerin cair) selama 8-10 minit dengan mesin pemutar.
2. masukkan marjerin cair perlahan-lahan dan kacau hingga sebai (jangan kacau telalu lama, span akan berminyak)
3. Tuangkan adunan ke dalam tin pembakar yang telah dilenser dengan marjerin dan taburkan tepung.
4. Bakar dalam ketuhar bersuhu 190 darjah selama 20-30 minit.

***saya guna suhu 180 darjah dan bakar dalam 40 minit...

No comments:

Post a Comment