Tuesday, January 19, 2010

puding caramel lapis coklat


biasanya kalau buat puding caramel yang biasa saje..tapi kali ni nak try yang berlapis coklat pula...

Bahan-bahan ( Loyang bulat 6" x 3" )
Bahan A :
1 tin susu cair
5 sudu besar gula
3 biji telur Gred A
1 sudu kecil esen vanila

Bahan B :
1 tin susu cair
5 sudu besar gula
3 biji telur Gred A
4 sudu besar serbuk koko @1 sudu kecil serbuk nescafe + 1 sudu kecil pes coklat

Bahan C :
2 sudu besar gula - hanguskan dan campur 4 sudu besar air panas (atau boleh guna 2 sudu besar madu)

Cara-cara
1.Kacau Bahan A dan Bahan B dalam dua bekas berasingan. Tapiskan.
2.Panaskan periuk kukusan, masukkan gula hangus atau madu dalam loyang.
3.Masukkan ¾ cawan adunan Bahan A ke dalam loyang dan kukus selama 5 minit atau hingga masak.
4.Bila dah masak, tuangkan pula sukatan yang sama bagi adunan Bahan B atas adunan A. Ulang A dan B berselang-seli hingga habis.
5.Sejukkan dan terbalikkan ke dalam pinggan hidangan.
6.Potong dan hidang.

Resepi ni diambil dari blog hasue..tq untuk resepi ni...

catatan:
1. jangan letak banyak sangat koko..nanti pahit.
2. nak sedap lagi , sila letak dalam peti ais.


3 comments:

  1. Salam cikgu...
    waaa... puding karamel coklat pulak kali ni...rajin cikgu even sibuk ngan kerjaya...
    akak pandai buat puding karamel biasa tu jeh, pasni boleh la try lapis coklat pulak..hehe

    ReplyDelete
  2. dah faberet...ehehhe..try la , ada kelainan skit. saya ni pon first time try .

    ReplyDelete
  3. aloa cik aida..
    sodap tu..
    t balik kg bawa lah ye...ho3

    ReplyDelete