Friday, September 23, 2011

kabinet dapur-part 2

walaupun dah lama siap...ehehe...baru nak letak gambarnya.
ini bahagian terakhir yang telah disiapkan...panel tahan percikan terdiri mozek dengan tiga warna- hitam , merah, putih ..tapi bahagian lain dilapisi dengan kaca dua lapis warna...hitam dan putih...kalo tambah warna kuning jadi bendera negeri perak pula.....
Masih mengekalkan konsep hitam putih...ala2 dunia catur gitu....


dapurku yang masih belum berasp lagi..ehehhe.setakat ni masak air je...


Di bahagian dapur basah, saya telah memilih warna yang light sikit...tapi rasa nyesal pula tak pilih hitam juga...apa2 pun dah siap...syukur..



Di bahagian luar rumah..(dengan tanah yang sekangkang kera ni)...kami cuba tanam rumput dengan tanpa sebarang skil....dengan erti kata lain, main belasah aje.




dengan landskap yang tanpa sebarang konsep.... laluan ni tak tau nak tuju ke mana ni....

dengan diselangi pokok pinang merah...



masa balik tempoh hari , hijau je rumput ni tumbuh tapi balik raya hari tu macam dah nak mati la pulaa....





Lantai slate pun dah makin tak berseri....walaupun sidia dari awal tidak bersetuju dengan pilihan slate ni, tapi SIL kata ni lagi menarik..tq dear....ehehhe

1 comment:

  1. rm brapa kabinet mcmni?suka lah..bleh email sy x?thaqifmiqail@yahoo.com

    ReplyDelete