Friday, September 4, 2009

puding roti kastad


Mula-mula buat puding roti kastad ini memang jadi dan sedap betul. ..sampai zulaikha makan nak habis separuh. Memang selalu buat puding roti tapi resepi biasa je tak de kastad. selalu buat letak kismis je, kadang-kadang laici , atau guna gula hangus..mcam nak buat puding caramel la tapi letak roti..tak bestnya, hubi tak bleh nak makan sebab alah dengan laici dan gula hangus. jadi tak selalu buat la, hanya buat bila teringin sangat nak makan. Puding roti kastad ini adalah dari resepi perut kenyang, tq suzi .. tapi ada ubah sikit je.
Hari ini buat kali ke 2 atas permintaan zulaikha.. tapi garing sikit...nyaris nak hangus, api kuat sangat kot.

bahan-bahannya:
Roti ( saya ikut bubuh je)
susu cair 1 tin ( 400 ml) ..suzi guna susu segar 500 ml
2 sudu besar marjerin
4 sudu besar gula
2 telur
1 sudu teh esen vanila
kismis/laici/ kurma (optional)

sos kastad
200 ml susu segar ( saya guna susu cair)
3 sudu besar gula
2 sudu besar kastad
1 sudu teh esen vanila

cara-caranya
1.roti direndam dengan susu cair sehingga kembang.
2.pukul telur bersama-sama marjerin , gula .
3. letakkan sedikit esen vanila.
4. masukkan campuran tadi dan roti ke dalm loyang yang telah disapukan dengan sedikit marjerin. saya tambah kismis sikit.
5. kemudian bakar selama 30 minit atau sehingga tidak melekat pada lidi yang dicucuk .

cara - cara membuat sos kastad
1.susu cair digaul dengan kastad, gula dan esen vanila.
2. masak dalam 3 minit je tapi atas api yang perlahan.




sedia untuk dimakan.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment