Masa hubby berlalu , jumpa maksu dan suruh maksu yang pergi kaunter pertanyaan, hubby sibuk nak cari sendiri , tanya orang sana sini....menambahkan kepanikan bila tak ada orang nampak anak kesayangku ni.
masa ni terbayang semua tingkah lakunya pada hari tersebut. Lama lepas tu, saya nampak maksu sambil mendukung nana bergerak ke arah kami. Saya pergi mendapatkannya. Sebak nak nangis rasanya. Lepas tu,nampak hubby datang semula masih dalam keadaan panik lagi sebab dia belum nampak nana di sisi saya. Bila hubby nampak je, terus nangis...sebak tak tertahan lagi .
Bagi kami ini adalah pengalaman yang ngeri, tambah2 lagi bila teringat peristiwa shalini dan nurin.....
Rupa2nya, sebelum mereka ke tempat permainan tu, ayah mereka singgah membeli donut di food court. Semasa sedang membuat bayaran, anak2 yang lain berlari ke playground kat situ...ntah macam mana nana terpisah. Agaknya, nana dah menangis menyebabkan ada orang nampak dan menolong menghantar nana ke kaunter pertanyaan. Terima kasih banyak2 kepada insan tadi yang menolong kami dan nana. Kalau tak silap, menurut maksu nama insan tersebut ..liza. saya dan keluarga mengucapkan berbanyak2 terimakasih sekali lagi kepada pn. liza. Hanya tuhan yang dapat membalas jasa baik puan.Kami bersyukur kepada allah...nana hilang dalam 30-40 minit sahaja dan berjaya ditemui dlm keadaan baik. Alhamdullilah......
Moralnya:Jika bilangan kanak2 melebihi jumlah anak sendiri perlu ada dua atau lebih orang dewasa yang mengawasi kerana anak2 sentiasa riang dan lincah di tempat terbuka begini menyebabkan kita sukar nak mengawal mereka.