Wednesday, December 2, 2009

ketupat sotong


tiba-tiba je teringat kat ketupat sotong...biasa nak makan beli je..ataupun rasa dari pemberian rakan ataupun mak sedara yang tolong buatkan...tapi sejak lama dah tak balik negeri ni...kena la buat sendiri bila teringin...sebab kat perak nih susah nak jumpa ketupat sotong...atau segala kuih muih kelate ....kiranya ni la firrst time dalam hidup buat ketupat...ketupat sotong pulak tu.....selepas serve katt intenet nih jumpa la beberapa verssi ketupat sotong ni..ada versi tengganu, versi kelate.mesti la aku ikut versi kelate...ehehehh..tak yah cakap nape..tapi seebab banyak sangat aku servey, aku lupa la plak nak notice sape punya tuan resepi ni..eheh sori ye yang empunya..

BAHAN-BAHAN:
8 ekor sotong (buang kulit)
2 cawan santan
5 sudu besar gula
Sedikit halba
Sedikit garam
1 tin beras pulut



CARA MENYEDIAKAN:
1) Bersihkan sotong dan ketepikan. Beras pulut yang dicuci bersih direndamkan
bersama santan dan sedikit garam selama 15 minit.
2) Masukkan beras pulut tadi ke dalam perut sotong dan cucukkan kepalanya
dengan lidi.Ulang langkah yang sama sehingga semua sotong habis.
3) Seterusnya, rebuskan sotong tadi bersama lebihan santan yang digunakan untuk
merendam beras pulut tadi dan masukkan gula pasir dan halba.

catatan;
1.ada yang guna melaka..jadi gelap la skit colornya...
2.ketupat ni enak dimakan begitu saja sebab ia sedikit manis...takleh makan dengan nasi ...nanti rasa macam makan nasi sira lak...ehhehh..manis....
3.sebab ketupat ni dari sotong...makan 2-3 dah kenyang.

No comments:

Post a Comment