Friday, November 27, 2009
kek oreo kukus
sumber resepi adalah dari brother rozzan. Disebabkan kek yang dibuat dan dtunjukkan oleh bro rozzan itu mempunyai gabungan warna yang cantik, maka saya pun ikut la gabungan warnanya...merah, hijau dan kuning (warna asal kek)...cuma kek beliau dibakar tapi saya guna kaedah kukus....sebab oven masih kat kedai lagi....ehehh..
ini resepi yang diC&P;
Bahan-Bahan
10 biji telur (saiz besar)
500 gm mentega
200 gm gula halus
300 gm susu manis
100 gm keju cheddar, diparut (optional)
50 gm horlicks
50 gm santan serbuk (peket)
100 gm biskut Marie (ditumbuk halus)
180 gm tpg Hong Kong
1 sudu teh serbuk vanilli
1 sudu teh pes pandan (optional)
secukup biskut Oreo (dibuang krimnya)
pewarna hijau dan merah
Cara:
1) Pukul mentega, gula dan vanilli sehingga kembang.
2) Masukkan pula telur satu persatu sambil terus memukul hingga kembang dan sebati.
3) Kemudian perlahankan kelajuan mixer dan masukkan susu manis. Pukul terus.
4) Seterusnya, perlahankan kelajuan mixer ke paras minimum dan masukkan tepung Hong Kong, serbuk biskut Marie, horlicks dan santan serbuk. Pukul sebentar sekedar utk meratakan adunan.
5) Bahagi adunan kepada 3 bahagian:
a) 1 bahagian dibubuh pewarna hijau & pes pandan (optional)
b) 1 bahagian dibubuh pewarna merah
c) 1 bahagian dibiarkan plain (warna asal)
6) Sediakan loyang persegi empat berukuran 8" x 8" yg telah dialaskan dgn kertas tracing dan digriskan pada dasar dan kelilingnya. Suhu oven sekitar 180 -200 darjah Celsius.
7) Ambil 2 senduk (bumbung) adunan berwarna hijau dan bakar lapisan pertama dgn api atas bawah sehingga masak (kira-kira 6-8 minit)
8) Seterusnya, tukarkan suhu oven kpd api atas jer (grill). Kemudian, ambil 2 senduk (bumbung) adunan berwarna merah dan bubuh di atas lapisan pertama tadi dan tabur kan sedikit keju parut. Bakar hingga masak (kira-kira 5-7 minit)
9) Selepas itu, ambil 2 senduk (bumbung) adunan plain dan bubuh ke atas lapisan merah tadi dan susun pula biskut oreo di permukaannya.
10 ) Bakarlah sehingga adunan selesai.
catatan:
1.mulai langkah ke 7 hingga ke 10, aku kukus aje....
2. aku tak letak santan sebab tak suka..mengikut brother rozzan boleh ganti dengan horlick jadikan 100 g..
3. saiz lapisan masih tak berapa nak sama sebab susah nak agak....tu sebab ada besar ada kecik lapisannya...janji lapisan warna berlapis dengan elok dan kek elok bercantum...eheh
4. tq bro. rozzan ...kek ini sedap dan menjadi serta cantik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment