Monday, November 23, 2009

murtabak roti berlapis daging


ehehehhe...resepi asalnya, murtabak berlapis daging menggunakan cream cracker..tapi diubah suai biskut tu ganti dengan roti...resepi diambil dari buku 'hi tea' istimewa Malaysia.,...rasanya amat sedap...makan satu slice dah kenyang..lagi sedap makan dengan cili sos dan mayonis.

bahan-bahannya;
400g daging (dikisar)
3 sb rempah kari
300 g bawang besar(dihiris dadu)
3 ulas bawang putih, 3 ulas bawang merah dan 2 cm halia- dikisar
100 ml minyak
250 ml air
45 keping biskut cream cracker ( sy gantikan dgn 8-10 keping roti )
300 ml susu cair
400 ml santan
6 biji cili merah
6 tanga daun bawang
4 biji telur- dipukul
4 sb mentega
garam secukupnya

cara:
1. panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar dan rempah hingga wangi.
2. masukkan daging dan kacau selama 3 minit. Bubuh pula air. kacau hingga airnya kering.
3. masukkan pula bawang besar. masak sampai bawang layu. Tambahkan garam.
4. jerang campuran susu dan santan hingga mendidih. bubuh garam.
5. Lenserkan tin empat segi berukuran 25 cm dengan marjerin. Alas dasar dengan kertas timah.
6. Celup sekeping biskut ke dalam campuran susu dan santan sampai kering. Susun di dasar tin ( kira sembilan keping setiap lapisan)
7. Taburkan satu perlima daging rata-rata, diikuti daun sup , cili dan telur. Ulangi melapis dengan bahan-bahan itu hingga menjadi lima lapis dan semua biskut digunakan.
8. Akhir sekali tuangkan baki campuran santan. Letak beberapa sudu besar mentega di atasnya.
9. bakar pada suhu 200 darjah celcius selama 50 minit atau hingga masak.
10. potong apabila sejuk.

catatan;
1.semasa menumis boleh juga ditambah dengan sedikit sos tiram.
2.jika tak mau guna santan boleh ganti dengan susu cair saje ..jadikan sukatannya 700ml.
3. kalau nak letak cheesedale pun sedap juga....samada antara lapisan atau lapisan atas saje.

No comments:

Post a Comment