Saturday, November 7, 2009

puding roti kastad lagi



puding roti ni pernah buat dah beberapa kali ..guna resepi yang diambil dari blog suzi. kali ni buat puding roti untuk dibawa ke majlis potluck hari keluarga warga maktab...cuma resepi sos kasttad aku ubah sikit ikut selera tekak aku..ehehh...

ini yang aku ubah...

tepung kastad jadi 3 sudu
susu cair jadi 400 ml
gula jadi 5 sudu
esen vanila...tak ubah..1 st juga

Dalam puding rotinya aku tambah sikit laici dan kismis...sedapppp...pastu aku letak lagi air laici dalam 4-5 sudu semasa roti tu direndam...then bakar dalam 40 minit..

ni dah letak kastad siap2...dan fruit cocktail sikit ..kalau suka rasa masam2 buah tu , bole juga dicampur dalam sos kastad ,..sedap juga..tapi kali ni aku pilih nak rasa original sos kastad..fruit cocktail letak tepi dan tengah je untuk tarik perhatian ..ehehh..

No comments:

Post a Comment