cubaan ke dua/ tiga buat apam ni...masih tak jadi lagi...keras sikit dan tak gebus...tapi rupa lebih cantik sikit dari cubaan kali pertama dulu...kali ni buat, ada la nampak sikit dot dotnya...sebab nak cepat , ambil gamba ala kadar saje....
macam biasa apam ni bukan kegemaran anak2...tapi saya enjoy buat kuih ni ..( walaupun tak berapa nak jadi...), maka saya bawa la untuk kawan2 sempena bacaan yassin setiap hari jumaat...walaupun keras sikit, tapi rasa masih sedap....habis juga...ehehe..tak ade pembaziran...kawan2 tetap makan walaupun kurang gebus.....(hehehe..sokongan moral tu..)
dari segi warna , tiada pilihan...ini je warna yang ada dalam stok....next time mesti try lagi niii...hingga jadi gebu....dan comel2....
resepi:
apam dotdot
bahan:
3 biji telur
275 g tepung gandum
3 st baking powder- diayak bersama tepung gandum
150 g susu segar/susu sejat
1 st ovalette
200 g gula
pewarna dan esen vanilla
blueberry filling/ kaya / jem- utk inti
cara-cara:
1. pukul dan gula hingga kembang dengan kelajuan maksima selama 10 minit.
2. masukkan susu berselang seli dengan tepung sedikit demi sedikit sambil dipukul perlahan dengan mixer.
3. Tambah esen vanilla dan ovalette, pukul lagi sehingga sebati dan nampak adunan berubah texture menjadi gebu.
4. bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan warna mengikut citarasa.
5. masukkan setiap warna dalam piping beg.
6. picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang disusun dalam acuan lompang.
7. picitkan blueberry filling/ kaya/ jem secukupnya.
8. picitkan lagi adunn sehingga 3/4 penuh. Kemudian dot dot dengan warna pilihan.
9; kukuskan dalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10 minit.
note: api semasa mengukus-jangan besar - nanti, merekah....jadi mekar semangkuk pula....ehehhe
resepi ni saya ambil dari lyne@myresepi.com.... ramai lagi yang sudah cuba ...yang menggunakan resepi yang sama...tq untuk resepi ni...
No comments:
Post a Comment