sicilian orange cake ni sangat2 la sedapnya...ni pun dah kali ke berapa buat....lama dah pun buat , baru nak letak sini...kali pertama buat dlm bentuk cupcake..tak sempat nak ambik gambar....dah abis. then buat lagi....kali ni versi malas sikit nak meng'cupcake'...so, meng'kek' je la....rasa macam letak cheese....tapi sebenarnya oren je...
untuk rekod, ini resepi....resepi ni mula ambil di taste bud-asilah..then tegok kat CMG pun ade juga...tq kpd tuan asal....
sicilian orange cake:
250 g salted butter
250 g gula kastor
4 biji telur
1 1/2 st oren diparut
250 g self raising flour
85 ml jus perahan oren
utk icing:
125 g gula icing
5 st jus perahan oren
cara:
1. panaskan oven - 180 darjah
2.putar butter dan gula sehingga putih.- 4-5 minit..
3.masukkan telur satu persatu.kacau rata..masukkan parutan oren dan akhir sekali tepung gandum. putar dengan perlahan dan campurkan dengan jus perahan oren tadi hingga sebati.
4.bakar selama 40-50 minit.
..tunggu hingga masak...
5. bila masak sejukkan atas redai ...
senangkan...tapi buat dalam bentuk cupcake lagi best....dan comel2...
No comments:
Post a Comment