Sunday, May 29, 2011

Puding sago

hmmmmm...sedap bangat dessert nii...sedap , sedap dan sedapppp....minggu lepas buat sampai 2-3 kali...eheheh....tapi mama dan ayahnya je yang sukaaa..anak2 tak pandang punn...takpe, mama boleh makan banyak2...eheheh...
ni puding sago biasa je...makan dengan sirap gula merah dan susu cair....yang sejukkkk....sedapnyaaaaa....


cara buat pun simple juga...yang ni bubuh siap2 sirap dan susu cair dalam bekas sago tu...cuma ambil sudu je untuk makan....lagi senang...

untuk hidangan satu bekas ni, satu letak satu sudu besar sirap gula merah dan 3 sudu besar susu cair..(kalau nak lebih pn boleh...lagi berkuah)



yang ni untuk jiran saya....

saya ambil resepi nya disini...


resepi puding sago:

by:linapg.blogspot.com


sagu:

-1 cawan biji sagu (warna putih)

-1 liter air

-1 helai daun pandan simpul

-pewarna kegemaran


cara:


1. rendam biji sagu lebih kurang setengah jam. kemudian toskan.

2. didihkan air bersam adaun pandan. Masukkan biji sagu ke dalam air yang mendidih tadi.

3. Masak hingga sagu bertukar jernih. Tutup api dan biarkan seketika.

4. Toskan sagu dan lalukan di bawah air paip yang mengalir- Untuk buang kanji.

5. bahagikan sagu kepada beberapa bahagian. Titisakan warna kegemaran masing2 dan kacau.

6. Masukkan ke dalam acuan dan kacau.


Untuk manisan.

- 1 ketul gula melaka/gula nipah- saya guna 2 ketul sebab saiz gula melaka agak kecil..

-1/2 gula pasir

-1/2 cawan air

- 1 helai daun pandan simpul


cara-cara:

1. satukan semua bahan , masak hingga gula larut dan pekat, kemudian tapis.


Untuk menghidang:

Keluarakn sagu dari acuan, vurahkan cucu cair dan juga kuah gula melaka.


Nota:

Puding ni sedap dimakan bila didsejukkan beberapa jam.




No comments:

Post a Comment