nama kek ni kek lumut bukan sebab menggunakan lumut, tapi agaknya permukaan atasnya yang seaakan lumut yang hijau tu...sangat moist dan lembut, dan paling penting sedap. Buat semalam hari ni licin..Resepi ni diambil dari Cik Mat gebu...
Kek lumut
Bahan-bahan untuk 1/2 adunan : loyang 7 " x 7 "
• 1 cawan tepung gandum (diayak)
• 1 cawan horlicks
• 3/4 cawan gula halus
• 250 g mentega
• 4 biji telur A
• pewarna hijau secukupnya
• 4 sudu besar seri kaya
• 1/4 cawan susu pekat manis
• 1 sk esen vanilla
Cara-cara :
1. Sediakan pengukus. Didihkan air. Griskan Loyang dgn mentega dan taburkan dgn sedikit tepung.
2. Pukul mentega bersama gula halus hingga kembang dan berkrim. Gunakan kelajuan maksima.
3. Masukkan telur sebiji dan pukul hingga sebati (guna speed sederhana). Kemudian, masukkan lagi sebiji telur dan pukul lagi. Ulangi proses ini sehingga habis.
4. Masukkan susu dan serikaya. Ratakan.
5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit diselangselikan dgn horlicks dan gaulkan sebati.
6. Masukkan pewarna hijau dan esen vanilla. Sebatikan.
7. Tuangkan adunan ke dalam Loyang dan tutupkan dgn kertas foil.
8. Kukuskan selama 2jam 30minit. (tambah air panas jika hampir kering)
tak sempat nak kukus sehingga 2 1/2 jam sebab hubi ajak jalan....
Salam cikgu...
ReplyDeletemmm...sedap nampak kek lumut ni...boley la akak terai buat bila2...thx cikgu berkongsi resepi... :)
salam kak fzi..
ReplyDeletekek ni memang sedap dan senang nak buat. cuba laa..resepi ni pun saya amek dari cmg, cmg amek dari dayang kek lapis...ehehhh