Saturday, December 5, 2009
karipap daging
tak tau la nape dah brapa kali rotate dah, gamba tu dok tunggeng terbalik gak...tak pe lah kira art....ehehh..kali ni buat karipap inti daging sebab dah lama tak buat. lagi pun kat dalam esbox tu banyak lagi daging...
bahan-bahan untuk inti senang je...
( semua kuntiti main agak2 je )
3-4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 mangkuk kecil daging...yang siap dicincang halus..(kalu malas beli la yang dah siap cincang)
4-5 biji kentang- potong dadu
1 ulas bawang besar-potong dadu
daun sup
daun bawang
lada merah
sos tiram
1sk lada hitam
garam
cara:
1. cincang daging...
2. kupas bawang merah, putih dan halia..tumbuk /blend..jangan lupa lada hitam juga tumbuk sekali..
3. tumiskan no.2 tu, masukkan daging..kacau.letak sos tiram, bawang besar, kentang,lada merah, sikit garam..bila dah nak masak, baru masukkan daun sup dan daun bawang..
bahan untuk kulit:
2 cawan gandum
2 sb marjerin
1/4 cwn air
garam sikit
cara:
campur semua bahan dan uli hingga jadi doh..
macam biasa aku ni dalam bab berseni ni kureng skit, tu pasal bunga kat tu semacam je..
untuk iskandar yang hanya makan kulit karipap saje, aku buatkan dalam bentuk bunga..tapi bunga apatah...eheh..
dah siap ..sedia untuk digoreng.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment