Thursday, May 20, 2010

puding roti pandan sos coklat

dah lama buat puding nii...idea asal ku ambil dari blog lain...atas nama puding roti pandan....tapi resepi asalnya tak diikuti plakk...bukannya tak suka atau pandai2 aku ..tapi dah memang aku tak suka letak santan dalam puding roti...dan sukatannya juga akuikut kebiasaanku je...ehehh..kalo nak tengok resepi asal bole tengok di blog dayang jack....

ni resepi biasa yang aku guna bila buat puding roti..cuma ubah sikit jee...

bahan-bahan:
10 keping roti ( lebih kurang 1 buku)..nak sedap roti gardenia la...tapi roti lain pun bole juga..
1 tin susu cair
1 cawan gula
2 biji telur
1 sk esen Vanilla ( tak letak pun tak pe sebab nak letak air daun pandan)
1/2 cawan air daun pandan
sikit pewarna hijau

sos coklat
-coklat masakan (panaskan je...kaloo nak pekat)
kaloo nak cair skit, bubuh susu cair skittttt..

cara-cara:
1. cari daun pandan dulu...dalam 5-6 helai.
2. letak 1/2 cawan air dengan daun pandan dan terus blend.
3. tapis air daun pandan itu..biar kejap.
4. kecil2kan roti ikut suka hati...kalau boleh sekali dengan tepinya sebab bahagian tepi roti bleh sedapkan lagi puding roti anda...ke dalam loyang yang sudah dimarjerinkan....
5. pastu kepok2 telor dengan riang rianya....
6. dengan cermat ,masukkan susu cair dan gula yang sudah dikacau
7.akhir sekali masukkan air daun pandan tadi...
8. apabila semua bahan sudah bersatu , bolehlah dituangkan ke dalam roti yang sedang menunggu dalam loyang tadi untuk dibakar...biarkan roti tu kembang dalam 10 minit...
9. sementara tunggu 10 minit tu, bolehlah panaskan oven dulu sehingga 10 minit...sebab awal2 tadi terlupa nak panaskan oven dulu.....eheheh..
10. pastu bakar la puding roti color hijau tu selama 40 minit.
11. dah sejuk keluarkan dari bekas...
12. siram dengan sos coklat..
13. potong2 dan makan laaa...


yang ni sos coklatnya, agak cair....tapi rasa maintain sedapppp...

No comments:

Post a Comment