Salam....sudah begitu lama mendiamkan diri....ehehh,..cuti kali ni, awal2 lagi kami sudah ke Bangkok. Perjalanan 5 hari 4 malam ini bermula dari stesen keretapi di butterworth pada 16 nov . Keretapi kami bertolak tepat pada jam 2.20 petang... niat di hati saja mahu merasai bermalam di dalam keretapi.
Jadi pada malam pertama perjalanan kami , kami tidur di dalam keretapi.
Agak selesa juga dengan setiap gerabak ada bilik air dan tandasnya, biarpun di awal malamnya di gerabak kami kehabisan air. Rasanya saya boleh agak kenapa air di gerabak kami cepat habis....ehehhe
Bangun pagi2 je, pandang ke luar tingkap ...nun indah sawah padi terbentang luas..
babe besar saya pun sudah bangun. Memang tak boleh nak duduk diam. Asyik berlari je ke sana ke mari.
Pada masa ini, kami sudah hampir sampai ke bangkok .
Melintasi pekan2 kecil berhampiran bandar bangkok.
Akhirnya kami sampai di Bangkok pada waktu tempatan lebih kurang pukul 12.30 petang...kalau kat Malaysia lebih kurang pukul 1.30 petang la, setelah 23 jam di dalam keretapi. Dalam hati, tobat dah lepas ni tak nak datang dengan keretapi walaupun mengalamannya tak akan dapat dilupakan.....lama sangat wehhhhh...
walaupun dengan perut kosong...
bersama rakan taulan yang akan meneruskan perjuangan di sini...
kami check in dulu kat hotel ni ( walaupun sebelum sampai ke hotel tersilap ke hotel lain.
Kemudian , baru kami ke restoran untuk makan. Agak susah juga untuk mencari kedai makaan muslim di sini bila tak berapa biasa tapi saya percaya mungkin banyak juga kedai makan muslim, cuma kita je tak tau.
Restoran yang kami kunjungi ni adalah Mak Yah Muslim food. Dah habis dah ikan masak sos dan tomyam.Mesti la semasa makanan sampai tak sempat nak ambil gambar sebab semua dah kebulur sangat.
Hari ke 3 di bangkok , pagi2 lagi saya berssma rakan2 ke pasar minggu Chacuchak ....mesti lah untk shopping.Anak2 tinggal di hotel sebab mereka semua sibuk nak berenang. Di pasar ni, mula2 kami cari makanan muslim lah sebab semua nak makan dulu. Akhirnya kami jumpa satu kedai yang berdekatan surau di dalam pasar. Cluenya, kedainya berdekatan toilet 1 dan bank tmb...setelah berpusing2 kami cari.
Setelah makan, baru la bertenaga untuk bershopping....ehehe
Hari ke 4, kami ke floating market..naik bot...memang bestttttt...
Di market nya memang banyak peniaga yang menjual dari bot mereka. Ada pelbagai buahan...
Memang best sangat2 sebab mana nak merasa shopping sambil duduk atas bot kat tempat lain......ehehheheh..enjoy betul..
Ada pelbagai jenis topi lagi...
dan macam2 lagi....
Dari float market kami singgah ke crocodile show farm.. tempat ni berdekatan dengan pinggr bandar je.
Memang aksi yang hebat ditunjukkan oleh mereka ni..
Di dalam farm yang sama juga ada , elephant show juga. memang best....anak2 pun enjoy.
Dapat bagi makan pada gajah lagi...
Naik anak gajah....
mak gajah pun boleh naik..bayaran 50 bath seorang..tapi rasa barbaloi ...mana nak dapat naik gajah senang2 kan. ini je peluang yang ada. Memang best sangat2....
Rugi siapa2 yang tak naik..
Yang ni kami tak naik...dekatt sangat jarak perjalanannya...eheheh
Sekali tengok buaya2 ni , ingatkan replika je...rupa2nya hidup2, memang betul. Siap nganga mulut ...stand by nak ngap je. Ini memang seram sebab pagar tu pun dah nak reput je...kami tak lama kat sini ... takutttt..
Bergamba dengan anak harimau....200 bath saje...iskandar satu..
Balqis pun satu...
Last day, sebelum balik kami lepak2 dulu ka kolam hotel...
Sambil menikmati keindahan kota bangkok...
Lepas ke airport ...back to malaysia...
Satu pengalaman yang best.....enjoy @ Bangkok...:)