Sunday, February 27, 2011

kek cawan pelangi@rainbow cupcake

buat untuk minum petang tadi. sangat lembut dan sedap dan colourful..walaupun kek ni nama kek cawan pelangi tapi warnanya tak cukup 7 warna, 4 je dah penuh cup tu. Resepi untuk kek ini saya ambil dari kak june dan ubahsuai warnakan jadi kek cawan pelangi.....ambil resepi ni dah lama dah , lepas tu perap .....hari ni baru nak cuba. tq utk resepi ini.

dari resepi ni saya dapat hasilkan 30 biji cupcake..masa bakarnya 12minit sahaja.
resepi :
250g butter/marjerin
210 gm tepung naik sendiri
200 gm gula
5 biji telur
1st esen vanila
1st soda bikarbonat
pewarna-kuning , hijau, merah, biru
cara:
1. pukul gula dan marjerin hingga kembang dan putih.
2. masukkan telur 1 per satu.
3. masukkan tepung naik sendiri yang telah diayak bersama soda bikarbonat.
4. bahagikan adunan kepada 4 bekas dan warnakan merah, biru, hijau dan kuning.
5. masukkan setiap warna itu ke dalam kertas cawan.
6. bakar selama 12 minit.
7. siappp....

No comments:

Post a Comment