Thursday, March 31, 2011

kuih keria @ donut...

salam hari khamis...hari ini saya tak bercadang pun nak buat kuih keria ni...tapi diberi sebagai homework oleh seorang rakan...huhuhu...terpaksa la buat. Seumur hidup , saya tak pernah buat kuih ni..,makan tu selalu la juga. Hari ni pagi2 lagi, rakan saya ni bagi tau dia nak datang ke rumah saya tengahari ni untuk buat demo masak tengahari dengan menu nasi ayam!!!...wow...terharu dengar ...bukannya dia datang nak tunjuk resepi nasi ayamnya tapi nak tunjuk skill masak dengan cepat dalam masa yang suntuk..(maklumla kami rehat sekejap je waktu tengahari)...sempat ke nak buat nasi ayam...?? pastu sambung kerja ballik..tak letih keee...ishkk... tapi disebabkan yang begitu bersungguh2 maka saya ok aje...mana la tidaknya, masa dia bagitau saya tu dia sudah siapkan semua.....semua bahan2 untuk nasi ayam.....siapa la tak rasa terharu bila rakannya buat gini......
sampai je kat rumah saya, terus dia menuju ke dapur...ambil pisau potong ubi....saya bertanya kepadanya, kenapa potong ubi, bukan ke nak buat nasi ayam?? Dia jawab 'ini untuk minum petang...'....haaaa....siap ngan minum petang ke??? kemudian dia rebus ubi tu dengan pressure cookernya....(dia bawa dari rumahnya juga).
lepas tu baru la kami masak nasi ayam . dalam masa 40 minit, dia sudah siap masak...dan terus balik...datang sini masak kat kami je.....hebatnya rakanku seorang ni...terharu sangat2..terima kasih banyak2...dalam masa 40 minit tu banyak tips yang dia ajar pada saya.... sebelum dia balik, sempat dia bagi homework... 1. ubi yang mula2 dia rebus tu, saya kena buat kuih keria...tapii tak payah buat gula sira...buang masa katanya. blend je gula tu...buat macam donut.. 2. buat jus karot....karot pon dia yang bawa juga...

ubi yang telah direbus tadi , kena lenyekkan dan campur dengan gandum.....ni main agak2 aje la..mana ada sukatan.


lepas tu, berpeluh la pula nak buat bentuk cam donut tu kalo tak guna acuan donut...

gamba nasi ayam tak sempat nak snap...cepat sangat kejadian 'ngap' tengahari tadi...ehehe tq...kak satirah.. my super woman.... saya memang sentiasa kagum dengan kak satirah...sifuku..

Saturday, March 26, 2011

custard tea cake

salam...bila weekend je mesti ketagih nak buat kek je..cadangnya nak cuba buat kek lain...tapi tersangkut ngan kek ni pula bila melawat blog che mat gebu...nampak macam sedapppppp aje..bahan-bahan pun dah cukup..terus je buat..

rupa kastadnya macam lembik aje..sebab masa ni potong semasa kek masih panas..kalau tunggu sejuk , baru la rupa custard cantik sikit..
Sumber:: Cik Mat Gebu
Resepi Asal:: Kak Ida
~terima kasih berkongsi resepi.

BAHAN KEK :-)
• 125 gram mentega
• 1/3 cawan gula halus @ gula kastor
• 1 biji telur gred A4
• ¾ cawan tepung naik sendiri (self raising flour)
• 1/2 cawan tepung kastard
• 1/2 camca teh esen vanilla

BAHAN KASTARD :-)
• 1 camca besar tepung kastard
• 1 camca besar gula kastor
• 2/3 cawan susu segar (mat guna 70% susu sejat IDEAL + 30% air)
• 15 gram mentega (kurang lebih 1 camca teh)
• 2 camca teh esen vanilla

CARA MEMBUATNYA :-)
• UNTUK KASTARD :- Satukan semua bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla. Kacau rata dengan whisk dan masak dengan api perlahan sambil terus dikacau hingga pekat. Padam api, tambah mentega dan esen vanilla, kacau rata dan biar sejuk. Ketepikan.
• Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin bulat saiz 7 inci . Ketepikan.

• UNTUK KEK:- Putar mentega dengan gula halus hingga berkrim, masuk telur dan putar hingga kembang. Tambah esen vanilla. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung naik sediri + tepung kastard sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul rata.
• Masukkan 1/2 adunan ke dalam bekas yang telah disediakan, ratakan dan buat sedikit lubang ditengah2nya. Tuang kastard, ratakan dan tutup dengan baki adunan, ratakan dan bakar selama 30 minit atau hingga masak.
• Sejukkan sebelum dihidangkan. Jika suka boleh ayak gula aising atas permukaan kek sebagai penyeri...

ehehehe...poyo je my custard teacake ni....(custard ..in the cake...and tea..)..eheh

Tuesday, March 22, 2011

kabinat dapur-under construction

salam...inilah rupa dapurku yang masih lagi dalam proses nak siap...pada asalnya impian saya nak semua color putih agar ruang dapur yang sempit akan kelihatan lebih luas tapi tak diluluskan oleh bos besar...jadi akhirnya saya telah memilih color putih dan hitam ..warna yang disetujui bersama...mungkin ada orang mabuk dengan warna papan chess ni...

yang masih belum siap adalah 5 % je lagi iaitu bahagian mozek kat bawah hud tu..(bahagian dinding yang masih berlubang2 tu)


breakfast counter dengan meja kerja dari solid surface. kabinat atas- putih dari arkilik manakala kabinat bawah- chipboard...nak save budget....ehehhe...

kaca berkabut sebagai sebahagian dari kabinat atas. bahagian tepi ,dinding ditutupi dengan kaca..2 lapis warna..juga hitam dan putih...idea ni saya ambil dari majalah dapur impiana keluaran jan-mac 2011.
hmmm...merealisasikan impian....


kepala paip yang masih belum ditukar lagi...dinding belum habis cover line.
sink juga dari solid surface.
dengan dapur yang baru ni entah la..akan lagi rajin ke atau lagi malas nak masak ni...ehehhe...
kalau rajin sebab semangat dapur baru .
kalau malas alasannya takut dapur kotor...eheheh..
macam2 alasan...



Sunday, March 20, 2011

oreo ciskek


salam ...setelah sekian lama menyimpan hasrat nak buat kek ni, akhirnya tercapai juga...hmmm..bila dah dapat buat tak semestinya jadi walaupun dah ikut semua sukatan dan cara dari tuan punya resepi asal..(bukan semua pun.., ada bahan yang takde kena ganti dengan bahan lain.itulah puncanya tak berapa nak jadi)..resepi ni dari kak ummi dari kuantan...tq untuk resepi ni. lain kali kalau nak buat kena ikut betul2...ehhehe...dugaan..
banyak halangan masa nak buat kek ni...
1.
mula2 biskut oreo ni...lepas beli siap sorok pn , berjaya dijumpai si tangan kecik kat rumah ni. bukannya niat nak sorok makanan tapi dalam nak menjayakan misi ni terpaksa la sorok. kalau tak, beli abis, beli abis...bila baru dapat buat...akhirnya, saya beli banyak2...sorok pun ada juga...eheh..
2.
ke dua ...berputar2 cari sour cream...susahnya benda alah ni nak jumpa ngan saaya..jadi kalau mengikut sifu saya dulu...kalau tak ada , boleh ganti ngan jus lemon...hmmm..tapi banyak mana baru nak sama rasa ngan sour cream ni...
ini lah antara faktor penyebab ciskek ku ni rasa macam terlebih 'sour'....
walau apa pun bukan salah resepi ni...
resepi ciskek kak ummi:Dari homesweethome-kak ummi kuantan
Oreo cheese cake
Bahan:-
30 keping oreo cookies (buang cream tengah) - kisar halus
1/4 cawan butter - cairkan
Bahan Filling:-
16 oz (2 cawan) cream cheese - lembutkan
1/2 cawan gula halus
1/2 sudu teh esen vanila
1/2 cawan sour cream
2 biji telor
1 cawan oreo yang dicincang halus

Cara Menyediakan:-
Base :- gaulkan oreo kisar dengan butter cair rata-rata. Tekan dalam loyang yang telah digris dan dialas. Pre-heat oven pada suhu 180 Celcius.
Filling:- Pukul cream cheese, gula dan esen vanila dengan kelajuan sederhana hingga benar-benar sebati. Masukkan sour cream dan pukul sebati. Masukkan telor satu persatu dan pukul sebati. Kemudian masukkan oreo yang telah dicincang halus tadi, kaup balikkan hingga rata. Bakar secara "steam bake" (letak loyang adunan dalam loyang lain yang berisi air) pada selama 45 minit/hingga bahagian tengah benar2 masak. Sejukkan sekurang-kurangnya selama 4 jam/bermalam.


tapi ciskek ku ni masih ada rupa ciskek...jadi tengok aje la..tak payah rasa..tak sanggup nak ambil gamba banyak2...