Friday, November 27, 2009

kek oreo kukus



sumber resepi adalah dari brother rozzan. Disebabkan kek yang dibuat dan dtunjukkan oleh bro rozzan itu mempunyai gabungan warna yang cantik, maka saya pun ikut la gabungan warnanya...merah, hijau dan kuning (warna asal kek)...cuma kek beliau dibakar tapi saya guna kaedah kukus....sebab oven masih kat kedai lagi....ehehh..

ini resepi yang diC&P;
Bahan-Bahan

10 biji telur (saiz besar)
500 gm mentega
200 gm gula halus
300 gm susu manis
100 gm keju cheddar, diparut (optional)
50 gm horlicks
50 gm santan serbuk (peket)
100 gm biskut Marie (ditumbuk halus)
180 gm tpg Hong Kong
1 sudu teh serbuk vanilli
1 sudu teh pes pandan (optional)
secukup biskut Oreo (dibuang krimnya)
pewarna hijau dan merah


Cara:

1) Pukul mentega, gula dan vanilli sehingga kembang.

2) Masukkan pula telur satu persatu sambil terus memukul hingga kembang dan sebati.

3) Kemudian perlahankan kelajuan mixer dan masukkan susu manis. Pukul terus.

4) Seterusnya, perlahankan kelajuan mixer ke paras minimum dan masukkan tepung Hong Kong, serbuk biskut Marie, horlicks dan santan serbuk. Pukul sebentar sekedar utk meratakan adunan.

5) Bahagi adunan kepada 3 bahagian:

a) 1 bahagian dibubuh pewarna hijau & pes pandan (optional)
b) 1 bahagian dibubuh pewarna merah
c) 1 bahagian dibiarkan plain (warna asal)

6) Sediakan loyang persegi empat berukuran 8" x 8" yg telah dialaskan dgn kertas tracing dan digriskan pada dasar dan kelilingnya. Suhu oven sekitar 180 -200 darjah Celsius.

7) Ambil 2 senduk (bumbung) adunan berwarna hijau dan bakar lapisan pertama dgn api atas bawah sehingga masak (kira-kira 6-8 minit)

8) Seterusnya, tukarkan suhu oven kpd api atas jer (grill). Kemudian, ambil 2 senduk (bumbung) adunan berwarna merah dan bubuh di atas lapisan pertama tadi dan tabur kan sedikit keju parut. Bakar hingga masak (kira-kira 5-7 minit)

9) Selepas itu, ambil 2 senduk (bumbung) adunan plain dan bubuh ke atas lapisan merah tadi dan susun pula biskut oreo di permukaannya.

10 ) Bakarlah sehingga adunan selesai.

catatan:
1.mulai langkah ke 7 hingga ke 10, aku kukus aje....
2. aku tak letak santan sebab tak suka..mengikut brother rozzan boleh ganti dengan horlick jadikan 100 g..
3. saiz lapisan masih tak berapa nak sama sebab susah nak agak....tu sebab ada besar ada kecik lapisannya...janji lapisan warna berlapis dengan elok dan kek elok bercantum...eheh
4. tq bro. rozzan ...kek ini sedap dan menjadi serta cantik


Monday, November 23, 2009

murtabak roti berlapis daging


ehehehhe...resepi asalnya, murtabak berlapis daging menggunakan cream cracker..tapi diubah suai biskut tu ganti dengan roti...resepi diambil dari buku 'hi tea' istimewa Malaysia.,...rasanya amat sedap...makan satu slice dah kenyang..lagi sedap makan dengan cili sos dan mayonis.

bahan-bahannya;
400g daging (dikisar)
3 sb rempah kari
300 g bawang besar(dihiris dadu)
3 ulas bawang putih, 3 ulas bawang merah dan 2 cm halia- dikisar
100 ml minyak
250 ml air
45 keping biskut cream cracker ( sy gantikan dgn 8-10 keping roti )
300 ml susu cair
400 ml santan
6 biji cili merah
6 tanga daun bawang
4 biji telur- dipukul
4 sb mentega
garam secukupnya

cara:
1. panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar dan rempah hingga wangi.
2. masukkan daging dan kacau selama 3 minit. Bubuh pula air. kacau hingga airnya kering.
3. masukkan pula bawang besar. masak sampai bawang layu. Tambahkan garam.
4. jerang campuran susu dan santan hingga mendidih. bubuh garam.
5. Lenserkan tin empat segi berukuran 25 cm dengan marjerin. Alas dasar dengan kertas timah.
6. Celup sekeping biskut ke dalam campuran susu dan santan sampai kering. Susun di dasar tin ( kira sembilan keping setiap lapisan)
7. Taburkan satu perlima daging rata-rata, diikuti daun sup , cili dan telur. Ulangi melapis dengan bahan-bahan itu hingga menjadi lima lapis dan semua biskut digunakan.
8. Akhir sekali tuangkan baki campuran santan. Letak beberapa sudu besar mentega di atasnya.
9. bakar pada suhu 200 darjah celcius selama 50 minit atau hingga masak.
10. potong apabila sejuk.

catatan;
1.semasa menumis boleh juga ditambah dengan sedikit sos tiram.
2.jika tak mau guna santan boleh ganti dengan susu cair saje ..jadikan sukatannya 700ml.
3. kalau nak letak cheesedale pun sedap juga....samada antara lapisan atau lapisan atas saje.

Friday, November 13, 2009

puding triffle


Puding ni dah lama tak buat...kali ni buat sebab ada lebihan kek tempoh hari yang tak habis2...last2 ku kutip saki baki kek mentega zebra hhijau..(anak2 tak makan sangat sebab jalur2 hijau.. sebab sebelum tu kubuat jalur coklat, cepat je licin) dan kek coklat . puding ni patutnya letak kek gulung lagi sedap..resepi asal ku ambil dari collegue aku 10 tahun lepas...hariati namanya...rindunya kat dia sebab dia dah lama pindah tempat lain...tie, resepimu ni masihku guna pakai lagi ye...cuma tang kastad tu memang dia dok lembik gitu gak...memang dia lembik kan....
sepatutnya puding ni jadi 3 lapis...tapi kali ni aku buat jadi 2 lapis je...sebabnya kek saki baki tu sikit...maka aku tak dapat nak padatkan ia...jadi, bila aku tuang kastad kat atasnya ..(yang sepatutnya jadi lapisan ke 2).., maka kastad itu akan menenggelamkan kek aku yang ciput tu...maka jadi la lapisan pertama tu lapisan kastad yang mengandungi kek...ehehh..versi lain la ni..jelly tak de aku ganti ngan agar2..keras la skit dan rasanya manis, kalu letak jeli masam2 buah gitu...tapi rasanya masih sedap...sebab masih ada gabungan kek, kastad dan agar2..

ini la resepinya...

bahan2
lapisan bawah
kek gulung...kalau takde boleh ganti dengan kek mentega

lapisan tengah( kastad)
6 sudu kastad
1 cawan gula
1 tin susu cair
2 gelas air

lapisan atas
fruit cocktail
jelly nona

cara:
1. susun kek gulung yang dah dipotong..susun rapat dan padat.
2. lembabkan kek itu dengan air buah cocktail.
3. masak lapisan tengah tu...selepas campurkan semua bahannya...sehingga pekat berkilat. kalau nak pekat kurangkan air, tambah kastad..ataupun pandai2 la adjust sendiri . kalau tak ikut je yang ni,...tapi lembik sikit, kalau nak manis tambah gula , kalau tak suka manis, kurangkan gula..tapi yang ni manis2 buah je...
4. then curah atas lapisan kek tadi. biar kejap.
5. pastu letak fruit cocktail atas lapisan kastad tadi..lagi banyak lagi power...
6. last sekali masak jelly nona..boleh pilih perisa yang disukai... basa aku pilih strawberi atau blackcurrent...kalau pilih oren ,nanti colornya sama ngan kastad...tak menyerlah la plak...cara masak jelly , tengok sendiri la kat kotak tu...ehehh...tapi seingat aku, bubuh je air ngan semua dalam paket tu...panaskan kejap sehingga didih..then tuang la atas kastad tadi..tapi hati2 jangan sampai fruit cocktail tu hanyut pulak...ehehh...


bunga merah


bunga merah ni bunga daisy...cantik...sungguh menarik perhatian...orangg pun boleh tertarik ..ape lagi serangga,...ehehhe..

bunga ni di letak di foyer dewan..

sesungguhnya merah itu sungguh menawan...bukan ape..aku suka sangat tengok bunga ni..dan geramm...

mini konvo prasekolah


kalau pra sekolah sapa lagii...zulaikha la...alhamdulillah zulaikha dah bole membaca dan mengira sebelum masuk tahun 1...terima kasih kepada cikgu pra dan pembantu2 nya yang bertungkus lumus mendidik dan mengajar anak2 kita dari tak kenal huruf dan nombor sehingga bleh membaca dan mengira...sesungguhnya, sungguh besar jasa mereka....tq.

Saturday, November 7, 2009

Daging rusa panggang istimewa di hari keluarga




daging rusa sedang dipanggang..


antara kuih muih yang dibawa...termasuk la puding roti kastad yang sedap tu...menonjollll skit...eheh








sukaneka

hubby cuba main bowling kelapa...tapi tak menang pun..

iskandar bersedia untuk lari bawa bola pingpong dalam sudu...tak menang juga...

menu istimewa makan tengahari

apa yang adaa dalam pinggan ni....daging rusa panggang, ayam bakar, dagging masak kurma, udang masak merah, nasi beriani, jelatah....sos bbq....


sedap betul lunch hari ni.....tq seme yang tolong menjayakan makan tengahari yang sedap ni...


teka bilangan gguli dalam balang...masih lagi misteri..sebab aku tak sempat nak dengar keputusannya...ehehh..yang pasti tekaan aku dah salah...sebab tak dapat hadiah pun...

puding roti kastad lagi



puding roti ni pernah buat dah beberapa kali ..guna resepi yang diambil dari blog suzi. kali ni buat puding roti untuk dibawa ke majlis potluck hari keluarga warga maktab...cuma resepi sos kasttad aku ubah sikit ikut selera tekak aku..ehehh...

ini yang aku ubah...

tepung kastad jadi 3 sudu
susu cair jadi 400 ml
gula jadi 5 sudu
esen vanila...tak ubah..1 st juga

Dalam puding rotinya aku tambah sikit laici dan kismis...sedapppp...pastu aku letak lagi air laici dalam 4-5 sudu semasa roti tu direndam...then bakar dalam 40 minit..

ni dah letak kastad siap2...dan fruit cocktail sikit ..kalau suka rasa masam2 buah tu , bole juga dicampur dalam sos kastad ,..sedap juga..tapi kali ni aku pilih nak rasa original sos kastad..fruit cocktail letak tepi dan tengah je untuk tarik perhatian ..ehehh..

Wednesday, November 4, 2009

kek coklat lagi


kek coklat annual dinner untuk students aku yang baru lepas pmr....atas permintaan diorang , aku pun pulun la buat ...diorang ingat aku beli je tapi bila tengok tulisan tu...ehehehh..baru diorang percaya aku buat ...eehhh..teruk betul tulisan tu....ttanganku ni masih keras bilaa nak masuk bab art nih...tak de seni..sebab tu la bunga kat atas 'annual' tu tak berapa nak jadi....yang kat tepi 's' tu pun aku tak tau ape dia,....macam siput je....layan je la...tapi kek ni tetap habis diorang ngap tanpa komen .....



ni baru lepas letak ganache...gerutu kat tengah kek tu punn masih jelas kelihatan lagi...


kek ni guna resepi sama juga dengan kek coklat raya tempoh hari..tulisan cuba guna coklat putih..tapi sedikit keras namun boleh cair di mulut...ehehheh...mungkin kalau guna creamwell lebih nampak lembut...tapi tak jejas rasa pun cuma coklat putih ni lebih manis je...sikit..